The Red Lantern Concert 2020

Dikemaskini pada

Membuka tirai mewarnai tahun 2020, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam siri persembahan Orkestra RTM menjelajah negara menganjurkan “The Red Lantern Concert 2020” dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar dan Majlis Perbandaran Muar bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, hari ini.

Dengan suntikan konsep ‘Feel Good Toward New Era’, penganjuran konsert diterbitkan Unit Hiburan TV RTM khas memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina ini menonjolkan simbolik ‘tanglung merah’ yang melambangkan kemeriahan dan kemewahan disamping membawa makna tenaga positif dan mewah.

Menggunakan tagline ‘Ai Ni Ai Ni Love You Love You’, konsert ini diperkenalkan seiring dengan objektif perpaduan dan harmoni, limpahan rezeki perniagaan, kegembiraan, kekayaan, dan kesejahteraan yang bakal diraih pada tahun pertama dalam kalendar lunar ini, Tahun Tikus.

Oleh itu, persembahan akan menampilkan barisan artis Cina tempatan juga artis berbilang kaum Malaysia serta lagu-lagu popular yang diminati ramai dalam kombinasi moden dan klasik.

Artis yang membuat persembahan Sera, Umai, Kashika, Kexin, Masya Masyitah, Jeryll Lee, Neeta, Colours of Voice dan Zhuang Xue Zhong. Konsert ini istimewanya turut membawakan artis terkenal Siti Nordiana, Dato’ Awie dan Shila Amzah.

Pengacara konsert ini Baki Zainal dan Shulin, penyampai daripada Aifm.

Konsert ini akan mewarnai dan memeriahkan lagi Bandar Muar yang dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar DiRaja serta membuka tirai tahun melawat Johor di daerah Muar.

1,310 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *