Telemovie Usung Putih

Dikemaskini pada

Seorang abang yang setiap hari pergi bekerja bahagian perbandaran pembersihan bandar (menyapu, membersihkan jalan dan sekitaran bandar) akan membawa adiknya seorang gadis yang cacat anggota kaki dan lemah akal di atas kereta usung kecil yang dicat putih, beroda empat ke mana saja dia pergi dan mereka mengenal tentang erti ihsan dan kasih sayang keluarga tidak mungkin diputuskan walau sebesar manapun dugaannya, kerana Tuhan itu ada.

Kisah perjuangan dan pengorbanan seorang abang menjaga adiknya bersendirian yang dibawakan wataknya oleh pelakon Syafie Naswip pastinya bakal meninggalkan kesan di hati penonton telemovie bertajuk “Usung Putih” arahan Albakri Harith disiarkan pada 15 Februari ini, pukul 9.00 malam di TV1.

1,292 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *