Siri Turki Romantik, “Relationship Status: It’s Complicated” Temui Penonton TV2

Dikemaskini pada

Mengisi slot Lavender di TV2 penonton dibawakan siri Turki bertajuk “Relationship Status: It’s Complicated” arahan Bulent Isbilen yang menampilkan lakonan mantap Berk Oktay, Seren sirince, Pamir Pekin, dan Eda Ece.

Dalam 105 episod siarannya, siri disiarkan mulai 16 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV2 ini berkongsi kisah watak utama Ayhsegul seorang gadis lurus dan ceria yang tinggal di rumah besar yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Dia tinggal bersendirian dan menulis skrip untuk siri TV.

Pada suatu hari, dua sahabatnya telah menipu mengatakan dia telah memenangi percutian percuma di Greece. Dia tanpa usul periksa terus berangkat ke Greece.

Dalam perjalanan ke Greecel, dia tanpa sengaja bertemu pelakon terkenal Can (John). Sebaik tiba di hotel, dia mendapati bahawa tiada tempahan atas namanya. Walaupun dia seolahnya sedar seperti ada sesuatu yang tak kena, dia masih cuba menafikan kawan-kawannya telah menipunya dan menganggap mereka telah memberikannya percutian percuma. Ketika itu juga dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk kembali ke rumahnya.

Jalan penyelesaian yang ada hanya satu. Dia dengan berat hati meminjam wang dari Can dan selamat tiba di rumahnya. Apabila dia tiba di rumah, dia mendapati rumahnya telah dijual kepada Can. Dia baru sedar kawan-kawannya yang selama ini dianggap baik seperti keluarga sendiri telah mengkhianatinya dan telah menjual rumah tersebut ketika dia berada di Greece.

Ketika dia cuba mententeramkan diri di luar rumah, Can telah menawarkan diri untuk membantunya dan membenarkan dia tinggal di rumah itu. Namun ada syarat yang perlu dipenuhi dimana dia perlu bersedia untuk menjadi pembantu rumah yang akan bertanggungjawab untuk membersihkan dan memasak.

Lama Aysegul berfikir untuk bersetuju dengan tawaran tersebut. Namun hakikatnya dia sedar dirinya tiada pilihan lain. Walaupun tidak dengan sepenuh hati dia akhirnya menerima tawaran itu untuk terus tinggal di rumahnya dan membayar hutangnya kepada Can.

Pada masa sama mereka terikat dengan syarakat hubungan perkahwinan palsu selama 6 bulan. Can sengaja mahu mencetuskan rasa cemburu rakan masa kecilnya iaitu Elif dan mendapatkan perhatian media untuk seketika. Manakala Aysegul pula mahu mendapatkan kembali rumahnya.

Dalam kisah ini, anda akan meneroka kehidupan Aysegul dan Can yang berpura-pura menjadi pasangan suami isteri namun realitinya adalah sebaliknya. Pantang bertemu pasti akan bertengkar.

Adakah Aysegul dan Can jatuh cinta antara satu sama lain? Adakah perkahwinan palsu ini akan menjadi cinta sejati? Adakah Aysegul berjaya mendapatkan kembali rumahnya pada akhir kontrak perkahwinan? Ikuti kesudahannya di TV2.

26,020 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

21 Comments

  1. Mane ye nak dapat link video crita tu… Nak tgok dari awal ( with bm subtitle).. Hope u help me.. Thank u

    1. Ramadhan ini cerita ini tak tunjuk ke?

  2. Ssh Sgt nak cari drama ni yg ada subtitle…nak tgk ulangan..hmmm

    1. Cerita ni best… bulan puasa ni xde ke cerita dia..

  3. sumpah..cerita ni best sangat.. tpi sayangnya dkt youtube xde subtitle.. hmmp

    1. Kenapa tiba2 cerita ni dah berhenti. Bila nak sambung semula. Cerita ni best sgt

    2. betul..kat youtube dapat episod penuh tapi takde subtitle..sayangnya..

  4. tv2 ni suka2 je la nak cutt cite ni ganti dgn cite melayu.

  5. Bulan Ramadan cerita ni dah tiada. Adakah di tukar pada waktu lain?

  6. Adakah siri Relationship its complicated Turkey itu akan disambungselepas Ramadan?

  7. Bulan ramadhan tak bersiaran ye..penat tunggu

  8. As salam.
    Boleh tahu bila akan tayang lagi drama turkey relationship: its complicated. Tiba2 je dah stop

  9. Best cite ni.tapi dah stop tayang.mgkn sbb bulan puasa.tapi please tv2 tayang la waktu lain.dlm tghari ke.sbb nak tgk sepanjang pkp ni..susah nak tgk kat yuotube xde subtitle .

  10. sepanjang Ramadhan tak de ke drama ni ?

  11. Drama ni best sgt tapi link yang ada tkde subtitle english

  12. Drama ni remake dr drama korea full house

  13. Ni fullhouse versi turki ke. Sinopsis sebiji fullhouse

  14. 105 episod.. jenuh nak follow..skrg ni, episod 50 pun blum sampai lg

  15. Jalan cerita sebiji drama korea Full House.. Memang best..

  16. Jalan cerita menarik tetapi untuk 105 episod dengan jalan cerita sederhana memang satu azab

  17. Tiru cerita korea fullhouse… Hahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *