Riena Diana & Dini Schatzmann Dalam Leon Zalika Setiap Hari Di TV Okey

Dikemaskini pada

Sekejap jer lagi.. jangan lupa tonton drama bersiri #LeonZalika pada pukul 10.00 malam ini.. Apa yang terjadi antara Zalika dan Leon? Nak tau jom tengok @tv_okey (Astro 146 /Myfreeview 110)@beego_linda@dazrin88@doriaracheljolly@dinischatzmann@lailanasirofficial@mona.allen@mariafarida@mustapha_kamal @muntazarghani@mathnirazak7@nadia.brian@rajailya@rienadiana_@sharmainefarouk@zaefrulnordinArahan @shuhaimilua_directorProduksi @orangetreeproduction

Posted by TV Okey on Rabu, 29 April 2020

 

Buat pertama kalinya gandingan pelakon Riena Diana dan Dini Schatzmann membintangi drama bersiri “Leon Zalika” mulai 24 April, setiap hari, 10.00 malam menerusi TV Okey. Siri arahan Shuhaimi Lua ini menonjolkan jalan cerita berbeza yang turut dibintangi oleh Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, dan Rashidah Jaafar.

Kisah Zalika yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya, lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Dia lama menetap di London dan akhirnya di Australia.

Zalika tanpa berfikir panjang, menerima sahaja cadangan ibu dan ayahnya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika, baginya nasib dia sering tidak bernasib baik berbanding Zalika.

Firas pula ada agenda jahatnya tersendiri sejak bekerja di Jentayu Holdings iaitu ingin membalas dendam yang telah lama disimpan. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

1,258 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *