“Rahsia Hati” Menghiasi Slot Widuri Di TV1

Dikemaskini pada

Drama bersiri terbaharu, ‘Rahsia Hati’ arahan Suria Nordin menghiasi slot Widuri di TV1 bermula 16 Februari lalu. ‘Rahsia Hati’ membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nur Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin, Diyana Zakaria, Asha Zainul, Ady Fakaruddin dan Muhammad Daniel.

‘Rahsia Hati’ mengisahkan tentang Tengku Dania Dahlia dan Tengku Daniel Darius yang dijaga oleh datuknya sejak kecil lagi. Tengku Dania Dahlia ingin membongkarkan kisah di sebalik kematian ibu bapanya dan merasakan kemalangan tersebut dirancang. Demi menjaga statusnya sebagai Jutawan Malaysia, Tengku Dania Dahlia dipaksa tuang dengan Hairi Azwan oleh datuknya.

 

#RahsiaHati

#Widuri –Lily akan dijodohkan dengan Tg Daniel? Bagaimana dengan Sheila? Saksikan lakonan Risteena Munim, Alif Muhaimin, Rahhim Omar, Syed Nabil Alhabshi, Diyana Zakaria, Esma Daniel, Asha Zainul, Razman Mahayuddin dan Shasha dalam #RahsiaHati (ep.3) pukul 7.00 malam ini di TV1 | myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile

Posted by Tv1 on Rabu, 19 Februari 2020

 

Saksikan drama 13 episod ini yang disiarkan setiap Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam hanya di TV1. Jika anda terlepas episod drama ini, anda boleh saksikan semula di RTM Mobile dan MyKlik. Jangan lupa muat turun aplikasi RTM Mobile di Google Play Store (Android) dan App Store (IOS). Selamat menonton.

2,369 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *