Nota Dari Hati

Dikemaskini pada

Muzik yang mereka mainkan bertaraf dunia dan jenama yang terbina ini telah dikenali serata dunia.

Orkestra RTM boleh dianggap sebagai khazanah muzik negara dan amat bersesuaian dijadikan rujukan yang menggambarkan perkembangan industri muzik di Malaysia.

Mencecah usia 59 tahun penubuhannya, , tidak dapat dinafikan Orkestra RTM diiktiraf antara barisan pemuzik yang paling berpengaruh di Malaysia.

Dokumentari Nota Dari Hati ini bakal memaparkan dokumentasi visual perjalanan Orkestra RTM sepanjang 59 tahun kewudannya.

Selain dari menampilkan tokoh – tokoh penting dan insan-insan di sebalik tabir , penonton akan dapat mengikuti rutin persiapan yang perlu dijalani ketika penerbitan sesuatu konsert orkestra berlangsung.
Penonton juga akan turut dihiburkan dengan klip klip video istimewa persembahan Orkestra RTM.

Saksikan dokumentari khas ini pada 31 Mac 2020 (Selasa) pukul 10.00 malam di TV1! |
https://myklik.rtm.gov.my/ | #RTMMobile | #UnitMajalahDanDokumentari

551 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *