Misi Pasukan Penyelamat Dalam Siri Inggeris “9-1-1” di TV2

Dikemaskini pada

Misi menyelamat bermula dengan menerima panggilan kecemasan daripada individu-individu yang memerlukan bantuan kecemasan dan maklumat ini dengan serta merta disalurkan kepada pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk tindakan susulan dengan segera. Seterusnya, di ceritakan tentang keberanian dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh anggota pasukan kecemasan dan juga kordinasi dan kerjasama yang padu antara pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk menyelamatkan seseorang itu dalam keadaan yang ngeri, ketakutan, mengejut dan cemas.

Hakikatnya anggota polis, paramedik dan pasukan bomba meletakkan diri mereka dalam bahaya ketika berdepan dengan misi menyelamat namun pada masa sama mereka juga tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah peribadi.

Cabaran dan keberanian anggota keselamatan ini dibawakan dalam siri Inggeris, “9-1-1”, setiap Ahad, pukul 8.30 malam di TV2. Siri arahan Bradley Bueker ini dibintangi pelakon utama Angela Basset, Kenneth Choi, Peter Krause, Oliver Stark dan Aisha Hinds.

Menariknya dalam 28 episod siri ini berkongsi menonjolkan golongan lelaki dan wanita bersatu dalam menjalankan misi menyelamat.

 

798 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *