RTM Penyiar Rasmi Petronas Le Tour De Langkawi 2020

Dikemaskini pada

 

RTM adalah hos penyiar rasmi yang cukup berpengalaman dalam menjayakan siaran program-program sukan yang berprestij termasuklah Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang akan membuka tirainya minggu ini.

Bakal berlangsung selama 10 hari berturut-turut, menariknya tahun 2020 merupakan ulang tahun Jubli Perak ke-25 bagi penganjuran LTdL di negara ini.

Perlumbaan LTdL 2020 yang diadakan lapan (8) peringkat ini berlangsung dari 6 hingga 15 Februari meliputi jarak 1,114.9 kilometer melibatkan negeri Sabah dan Sarawak termasuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Siaran langsung LTdL 2020 disiarkan RTM menerusi saluran TV1 dan secara digital di RTM Sports di saluran 111 bermula 6 Februari 2020, pukul 10.00 hingga 11.30 pagi melibatkan laluan dalam bandaraya Kota Kinabalu. Seterusnya siaran langsung perlumbaan di Kuching, Sarawak, Kuala Terengganu ke Kerteh, Temerloh ke KLCC, Putrajaya ke Genting Highland, Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Raya, Taiping ke Pulau Pinang, Bagan ke Alor Setar, dan Dataran Lang ke Kuah, Langkawi.

Sorotan LTdL 2020 pula boleh diikuti setiap hari mulai 6 hingga 15 Februari 2020, pukul 11.30 malam.

894 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *