Adaptasi Novel “Isteriku 120 kg” Gandingan Jaja Iliyes dan Amar Asyraf di TV1

Dikemaskini pada

#TEASER

Nantikan drama bersiri baharu, akan datang di TV1 | myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile

Posted by Tv1 on Khamis, 5 Mac 2020

 

Bagaimana agaknya bila tubuh pelakon kecil molek Jaja Iliyes berubah saiz hingga 120 kg? Berada dalam tubuh sebesar itu antara cabaran yang diterima Jaja untuk ‘menghidupkan’ watak gadis bernama Nelydia dalam adaptasi novel bertajuk “Isteriku 120 kg” karya Malek Rahman menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Mac ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri di TV1.

Turut menampilkan lakonan mantap Amar Asyraf, Hjh. Fauziah Hj. Nawi, Iswan Ismail dan Afifah Nasir, 13 episod drama bersiri ini menonjolkan kisah watak Aiman mengahwini Nelydia sekadar memenuhi wasiat oleh neneknya. Malangnya wanita tersebut bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar. Beliau terpaksa menurut kehendak wasiat tersebut demi untuk memiliki harta yang akan ditinggalkan kepadanya dan pelbagai cabaran percintaan yang perlu ditempuhinya bagi mencapai impian tersebut.

Saksikan kisah cinta mereka bermula 12 Mac ini di TV1!

946 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *