Dikemaskini pada
22 Oktober 2020, warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YBhg. Datuk Ruzain Bin Idris yang dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia.
Ketibaan YBhg. Datuk Ruzain disambut mesra oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Ybrs. Tuan Haji Jamel Bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Operasi Penyiaran) dan barisan ahli direktorat.
YBhg. Datuk Ruzain sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Penyiaran Malaysia mengucapkan selamat datang dan tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu.