“Yang Sahih Di Berita RTM”

Dikemaskini pada

 

25 Jun 2020 merakamkan satu lagi detik bersejarah kepada RTM apabila melancarkan Saluran Berita RTM khusus untuk menyiarkan berita-berita semasa dan juga program bual bicara yang dipancarkan pada definisi tinggi (HD). Saluran Berita RTM boleh ditonton di saluran MyFreeview 123.

Majlis bersejarah ini dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Turut dihadiri YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setia Usaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, dan Ybrs. Puan Nor Yahati Awang, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Bertunjangkan ‘Yang Sahih Di Berita RTM’, saluran ini adalah nukleus informasi yang bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Kandungan diperkasa dengan pengisian yang lebih komprehensif dengan menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima (5) hari berita bisnes dan dua (2) program majalah seminggu yang menyumbang kepada memperkaya minda masyarakat dengan pelbagai maklumat.

Transformasi dinamik saluran baharu ini turut menawarkan pelbagai kelainan berbanding saluran televisyen lain kerana menyiarkan jajaran berita pelbagai bahasa bermula 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang, dan bermula 7.00 malam hingga 9.00 malam.

549 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *