UPDATE Status Kematian COVID-19 (sehingga 5 Petang, 31 Mac 2020)

Dikemaskini pada

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 31 Mac 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 140 orang.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 2,766 orang.

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 58 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 537.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 94 orang dan 60 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah sebanyak 6 kes kematian.

Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 43 orang atau 1.55% daripada keseluruhan kes.

 

Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes harian terus meningkat dan kadang-kala mendatar, manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari.

Tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak dimana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan.

Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

327 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *