UPDATE Status Kematian COVID-19 (sehingga 4 Petang, 18 Mei 2020)

Dikemaskini pada

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 MEI 2020

 

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah  pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,615 kes (80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari,  terdapat  47 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19  adalah  1,213  kes. Ingin dimaklumkan daripada 47 kes baru yang dilaporkan,

21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 26 kes adalah penularan tempatan di mana  17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19     di Malaysia kekal sebanyak 113 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

PATUHI ARAHAN KUARANTIN  SEPERTI  YANG DIARAHKAN

Sejak 27 April 2020 sehingga  semalam,  Kementerian  Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang  seramai 49,019 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing.

Bagi perjalanan merentas negeri di Semenanjung Malaysia, kesemua pelajar adalah diwajibkan menjalani  kuarantin  di rumah untuk tempoh 14 hari apabila tiba di kediaman. Bagi pelajar yang ke Negeri Sabah dan Negeri Sarawak  pula,  mereka perlu menjalani persampelan COVID-19. Sekiranya keputusan adalah negatif, baki tempoh kuarantin  perlu dijalankan di rumah masing-masing.

KKM menyeru semua pelajar untuk mengambil iktibar daripada kes beberapa pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah, namun didapati tidak patuh kepada notis arahan di bawah Seksyen 14, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,1988 (Akta 342). Mereka ini juga kemudiannya didapati positif COVID-19. Ini boleh memberi risiko  jangkitan  COVID-19  kepada orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak- kanak dan orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

KAWALAN SEMPADAN NEGERI, DAERAH DAN KELUARGA DARIPADA RISIKO JANGKITAN COVID-19

Setelah dua (2) bulan pelaksanaan Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga keempat dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kita dapat melihat tren jumlah kes aktif COVID-19 semakin menurun.

Pencapaian ini adalah hasil daripada kepatuhan orang ramai kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang  telah  ditetapkan di bawah pelaksanaan PKP dan PKPB. Sememangnya, kepatuhan ini perlulah terus kekal terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

Daripada jumlah pergerakan merentas negeri setiap hari,  didapati masih ramai (iaitu sebanyak 2,931 kenderaan yang  cuba merentas negeri dalam masa tiga (3) hari) yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga. Ini sememangnya merisaukan,  terutama  jika  dicampur pula dengan pelajar-pelajar IPT yang telah pulang ke keluarga masing-masing.

Ahli keluarga mereka yang mungkin terdiri daripada kumpulan berisiko misalnya warga emas, kanak-kanak serta golongan rendah imuniti disebabkan pelbagai penyakit kronik atau komorbiditi lain.

Sehingga 18 Mei 2020, daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia iaitu 6,941 kes, sebanyak 961 orang adalah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas (iaitu

13.8 peratus). Manakala, kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah pula merangkumi 318 orang (iaitu 4.6 peratus). Jika dilihat dari segi faktor komorbiditi, setakat 17 Mei 2020 didapati 10.8 peratus (iaitu 744 kes) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 menghidap penyakit kronik misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain penyakit.

Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi ini perlu dilindungi. Lindungi sempadan negara, negeri, daerah, rumah dan juga  keluarga  kita.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

 Justeru, KKM ingin mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1

Orang ramai turut diingatkan supaya patuh kepada 3S/3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

  1. Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau  bertutur  dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  2. Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elak bersalaman / bersentuhan;
  • Amalkan etika batuk dan bersin;
  • Lakukan aktiviti disinfeksi;
  • Duduk di   rumah   dan   hanya   keluar   sekiranya   ada urusan penting sahaja;
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala

KKM akan terus memantau  perkembangan  kejadian  jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan  kawalan  yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

LAMPIRAN 1

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 18 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

 

 

NEGERI

BILANGAN KES BAHARU *(                    ) BILANGAN KES

KUMULATIF

PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 8 1,644
NEGERI SEMBILAN 0 776
MELAKA 0 215
JOHOR 0 668
PAHANG 0 336
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 331
SARAWAK 0 544
W.P. KUALA LUMPUR 38 (20) 1,566
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 91
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 47 (21) 6,941

 

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

365 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *