TV2 Setia Menemani Penonton Duduk Rumah Dalam Tempoh PKPB

Dikemaskini pada

 

 

19 Oktober 2020 (Isnin) 9.30 Malam

Slot: Teater Legenda

Kisah seorang lelaki dan wanita yang bercinta tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah jiran yang sering bermusuhan di sebuah rumah sewa.

Lakonan: Tan Sri P. Ramlee dan Sharifah Hanim

 

 

 

20 Oktober 2020 (Selasa) 9.30 Malam

Slot: Popcorn

Tiga tahun selepas Optimus Prime meninggalkan Bumi, Autobots masih terancam dan berperang dengan Decepticons. Cade Yeager, penjaga Autobots di Bumi mendapat Talisman yang diberikan oleh sebuah Transformer. Maka, berlakulah perebutan sebuah artifak yang hilang antara Autobots dan Decepticons.

Lakonan: Mark Wahlberg, Anthony Hopkins, Josh Duhamel

 

 

 

21 Oktober 2020 (Rabu) 9.30 Malam

Slot: Bollygood

Angrej dan Maado saling mencintai. Namun, kerana harta Maado sanggup meninggalkan Agrej selepas dia digoda seorang lelaki kaya. Angrej kemudian bertemu dengan Dhan Kaur yang menjadi sahabat baiknya dan dengan bantuan wanita tersebut, Angrej berjaya bersatu kembali dengan Maado. Tetapi, perasaan Angrej terhadap Maado tidak lagi seperti dahulu.

Lakonan: Amrinder Gill, Sargun Mehta, Aditi Sharma

 

 

 

22 Oktober 2020 (Khamis) 9.30 Malam

Slot: Golden Dragon

Kisah seorang bouncer kasino bersama isterinya yang cuba mendapatkan sebahagian cermin antik yang dimiliki oleh seorang gangster supaya dapat digabungkan dengan satu bahagian lain yang ada dalam simpanan mereka. Cermin antik tersebut menjadi buruan kerana nilainya yang amat tinggi.

Lakonan: Jordan Chan, Jiajia Deng, Jiro Wang

 

 

 

23 Oktober 2020 (Jumaat) 9.30 Malam

Slot: Citra

Kisah seorang pembantu rumah dari Indonesia yang menghidapi penyakit SCHIZOPHRENIA. Dia yang pernah kehilangan anak sering diganggu oleh suara yang menyalahkannya atas kematian anaknya. Suara itu juga mengarahkan dia mencari atau mendapatkan semula anaknya yang telah meninggal dunia. Dia kemudiannya mensasarkan anak majikannya yang seusia dengan anaknya sebagai ganti dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu lari ke Indonesia.

Lakonan: Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha

 

 

25 Oktober 2020 (Ahad) 2.00 Petang

Slot: Layar Kita

Kisah percintaan tragis antara Sabariah dengan seorang pemuzik bernama Kassim Selamat yang ditentang oleh ibu Sabariah kerana ibunya memandang darjat dan kekayaan.

Lakonan: Tan Sri P. Ramlee, Sarimah Ahmad, Mak Dara, Ahmad Mahmud, Zaiton, Ahmad Nisfu, Zainon Fiji

 

 

 

25 Oktober 2020 (Ahad) 9.30 Malam

Slot: Spice Of India

Kisah Pannaiyar seorang tuan tanah yang sangat menyukai sebuah kereta Padmini yang ditinggalkan oleh kawannya. Dia mengupah Murugesan sebagai pemandu peribadinya untuk memandu kereta tersebut. Kereta tersebut akhirnya menjadi kenderaan serba guna untuk penduduk kampung.

Lakonan: Vijay Sethupathi, V. Jayaprakash, Tulasi

 

 

51 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *