“The Future Is NOW!” Nikmati masa depan penyiaran kini di RTM

Dikemaskini pada

Era digital dikhabarkan bakal mengurangkan fungsi TV konvensional, tetapi tidak bagi Radio Televisyen Malaysia. Di kala khalayak lebih tertumpu di handphone untuk segala bentuk informasi dan hiburan, RTM sebenarnya melangkaui masa dengan menawarkan  sesuatu yang lebih istimewa iaitu Hybrid Broadcast Broadband TV atau HBBTV.

 

Apa itu HBBTV?

HbbTV atau Hybrid Broadcast Broadband TV merupakan inisiatif global yang bertujuan mengharmonikan penyampaian siaran dan perkhidmatan jalur lebar.

HBBTV atau perkhidmatan red button adalah nilai tambah kepada siaran digital di mana ia menyediakan fungsi aplikasi interaktif tv pada setiap saluran tv digital  RTM.

 

Bagaimana mengakses Red Button?

Terdapat 2 cara untuk anda mengakses red button menerusi siaran digital anda.

 

Cara pertama:

Sambungkan Set TV Biasa anda yang mempunyai input AV/HDMI dengan dekoder DVB-T2 versi premium yang dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi dan dihubungkan terus ke aerial UHF anda. Dalam hal ini, anda disarankan menggunakan Dekoder MyTV versi premium.

 

Cara kedua:

Anda memerlukan Integrated Digital TV atau IDTV yang dilengkapi penala digital yang mempunyai akses internet berkelajuan tinggi dan dihubungkan terus ke aerial UHF.

Pastikan anda memiliki alat kawalan jauh yang dihubungkan terus ke dekoder premium anda atau IDTV anda.

Gunakan butang navigasi dan butang berwarna pada alat kawalan jauh anda untuk mengakses aplikasi red button.

Launcher red button diwakili dengan butang merah pada alat kawalan jauh anda.

 

Apa yang RTM tawarkan?

Terdapat beberapa pilihan aplikasi interaktif yang boleh diakses untuk mendapatkan informasi berkaitan. Antaranya:

 

Aplikasi EPG

EPG iaitu Electronic Programme Guide @ Panduan Program Elektronik merupakan aplikasi yang memaparkan info rancangan bagi setiap saluran TV

dan radio digital RTM untuk jadual siaran selama seminggu.

Turut disediakan setting bagi mengubah paparan aplikasi epg mengikut kesesuaian pengguna.

 

Aplikasi SUPERTEKS

Superteks merupakan laporan berita berbentuk teks dan imej yang diperolehi dari Portal Berita RTM. Kandungan berita merangkumi Berita Semasa, Nasional, Dunia, Ekonomi dan Sukan

 

Aplikasi CUACA

Aplikasi cuaca memaparkan ramalan kajicuaca di seluruh daerah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat diperolehi secara terus daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.  Turut dipaparkan amaran ribut petir dan maklumat terkini berkaitan cuaca daripada sumber twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

Aplikasi NUR

Aplikasi ini terdiri daripada himpunan Doa Harian, Mutiara Kata dan Motivasi Diri yang dirangkumkan dalam satu aplikasi yang mudah diakses.

 

Aplikasi MYKLIK

Myklik menyediakan platform untuk siaran Live Streaming TV dan Radio RTM berserta catchup TV/VOD rancangan pilihan menerusi menu pilihan pengguna yang boleh diakses menggunakan alat kawalan jauh tv anda.

Butang carian disediakan bagi mengakses video rancangan pilihan pengguna. Aplikasi ini menyediakan menu TV Live Streaming, Radio Live Streaming dan juga menu catchup TV atau Video On Demand.

Turut disediakan kategori rancangan bagi memudahkan pencarian video rancangan pilihan. Antaranya Hiburan, Rancangan Khas, Promo, Majalah, Retro Klasik, Dokumentari, Telefilem, Bicarawara, Drama Bersiri, Kerohanian/ Agama,  Sukan, Kanak-Kanak, Berita dan Terkini Popular

 

Aplikasi KHIDMAT PESANAN AWAM

Aplikasi ini dibangunkan mengikut musim dan perkara yang berkepentingan Negara. Bagi tahun 2019, Aplikasi Sayangi Sawitku telah dibangunkan bagi memberi input kebaikan sawit bagi mengimbangi maklumat negatif yang boleh merosakkan pasaran sawit dunia. Selain itu, aplikasi berkaitan Influenza, Banjir dan terkini Covid-19 (novel Corona Virus) merupakan aplikasi  yang dibangunkan sebagai kempen kesedaran awam.

Selain itu, terdapat pelbagai aplikasi lain yang dibangunkan secara one-off seperti Konsert Evolusi 73, Konsert 3 Ratu 2.0, telemovie Di Sisi dan banyak lagi.

Di masa hadapan, banyak lagi aplikasi yang bakal dibangunkan untuk khalayak menikmati TV , luar dari kebiasaan. Menonton RTM kini lebih menyeronokkan, jadi apa tunggu lagi.

 

Disediakan oleh Unit ICCC

Bahagian Media Digital Interaktif(MDI)

Jabatan Penyiaran Malaysia

601 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *