Dikemaskini pada
6 Julai 2020 (Isnin) 9.30 Malam
Slot: Teater Legenda
Kisah pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola yang mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya namun kekayaan mereka tidak kekal lama kerana ditipu oleh Sadiq Segaraga.
Lakonan: Tan Sri P. Ramlee, Mariani, Dayang Sofia, Kadarisman
7 Julai 2020 (Selasa) 9.30 Malam
Slot: Popcorn
Sewaktu cuba melepaskan diri dari ahli sihir jahat bernama Gargamel, Smurf si kerdil berkulit biru telah disedut masuk kedalam pusaran misteri yang membawa mereka ke New York. Di sana mereka menemui sepasang suami isteri yang berusaha membantu mereka untuk kembali semula ke perkampungan asal. Berjayakah si kerdil biru melepaskan diri dari Gargamel dan pulang semula ke perkampungan Smurf?
Lakonan: Neil Patrick Harris, Jayma Mays, Sofia Vergara, Hank Azaria
8 Julai 2020 (Rabu) 9.30 Malam
Slot: Bollygood
Kisah Bobby, seorang penyiasat persendirian yang menyiasat kes kehilangan kanak-kanak selepas dia diminta oleh seorang hartawan supaya mencari kanak-kanak tersebut dan menjanjikan upah yang lumayan sekiranya kanak-kanak tersebut berjaya ditemui. Pelbagai usaha Bobby lakukan untuk menyelesaikan kes tersebut. Berjayakah Bobby merungkai misteri kehilangan kanak-kanak tersebut?
Lakonan: Vidya Balan, Ali Fazal, Arjan Bajwa
9 Julai 2020 (Khamis) 9.30 Malam
Slot: Golden Dragon
Mengisahkan misi seorang pencari harta karun profesional yang diupah oleh seorang pengumpul barangan antik untuk mendapatkan semula arca gangsa zodiak Cina yang telah diambil dari Old Summer Palace di Beijing, China oleh tentera Perancis dan British semasa berlakunya Perang Candu.
Lakonan: Jackie Chan, Kwon Sang-woo, Liao Fan.
10 Julai 2020 (Jumaat) 9.30 Malam
Slot: Citra
Sarah ditawarkan menyertai pasukan Ray Racing Academy selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang. Selepas Sarah menyertai pasukan tersebut, pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan. Konflik mula timbul apabila Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray!
Lakonan: Elizabeth Tan, Dazrin Kamarudin, Wanna Ali
12 Julai 2020 (Ahad) 2.00 Petang
Slot: Layar Kita
Aduka dan Dara bercinta dalam diam dan Teruna pula masuk meminang Dara lalu diterima oleh ayah Dara, Tok Penghulu Hitam yang memerintah Semerah Padi. Berlaku kekacauan di Semerah Padi dan juga di perairan negeri, Teruna dihantar untuk menghalau lanun dan Aduka pula menjaga keamanan kampung. Dara diculik dan berjaya diselamatkan oleh Aduka, namun ketika dalam perjalanan pulang, Dara dan Aduka tewas kepada nafsu!
Lakonan: Tan Sri P.Ramlee, Nordin Ahmad, Sa’adiah, Musalmah, Daeng Idris
12 Julai 2020 (Ahad) 9.30 Malam
Slot: Spice Of India
Aduka dan Dara bercinta dalam diam dan Teruna pula masuk meminang Dara lalu diterima oleh ayah Dara, Tok Penghulu Hitam yang memerintah Semerah Padi. Berlaku kekacauan di Semerah Padi dan juga di perairan negeri, Teruna dihantar untuk menghalau lanun dan Aduka pula menjaga keamanan kampung. Dara diculik dan berjaya diselamatkan oleh Aduka, namun ketika dalam perjalanan pulang, Dara dan Aduka tewas kepada nafsu!
Lakonan: Tan Sri P.Ramlee, Nordin Ahmad, Sa’adiah, Musalmah, Daeng Idris