Sotong Bakar Gergasi dan Lamb Shank Banjir Menu Mantap di Nasi Dulang Daun Pisang, Kajang.

Dikemaskini pada

Layan Makan Jerrr kali ini pasti membuatkan anda teringin merasai sendiri sotong bakar gergasi yang lembut berjus, digaul bersama nasi panas dan kuah lemak yang pekat dicampur dua jenis sambal serta air asam dengan aroma daun pisang. Tidak ketinggalan, rasa ulaman yang membangkitkan nostalgia ketika di kampung.

 

Mahukan sesuatu yang lebih pedas?

Oseng Cumi Mercun tersedia dengan aroma petai yang mengancam ditabur bersama lada di atas sotong bakar yang menyamai saiz lengan anda.

 

Bagaimana pula dengan Nasi Ganja Lamb Shank?

Nasi kuning dengan kuah banjir yang pekat beserta dua ketul Lamb Shank, bendi serta sambal yang mengancam. Bayangkan rasa lemak apabila anda menghirup cairan daripada penyedut minuman itu.. Satu perkataan sahaja yang dapat menggambarkan rasanya. Nikmat!

 

Bukan itu sahaja, masih terdapat banyak menu di Nasi Dulang Daun Pisang, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Semuanya sedap!

 

 

 

Saksikan Layan Makan Jerr, langsung di Facebook Page Radio Televisyen Malaysia – RTM. Setiap Sabtu, pukul 4 petang.

Layan Makan Jerrr juga boleh disaksikan di Youtube :

512 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *