Shahril Sarapudin : Pengacaraan & Tips

Dikemaskini pada

1. Saya tiada bakat pengacaraan, apa saya perlu buat?

Bidang pengacaraan merupakan bidang yang sangat unik. Antara kata-kata hikmah yang sering saya ungkapkan adalah:

“Orang yang berbakat tetapi malas usaha akan sentiasa ketinggalan dengan orang yang sentiasa berusaha keras walau tidak punya bakat pada awalnya”.

“Saya percaya setiap dari kita perlu menggali kehebatan yang ada pada diri kita melalui pelbagai cara. Salah satu jalan pintas yang mujarab ialah dengan belajar dari pengalaman orang yang terbukti berjaya”

Ramai yang menganggap orang yang pandai bercakap adalah orang yang bijak berkomunikasi. Walhal bercakap dan berkomunikasi adalah dua perkara yang berbeza.

Dalam proses komunikasi, penekanan bukan sekadar pada penyampaian mesej, tetapi yang lebih penting ialah kefahaman penerima terhadap mesej dan bertindak sesuai dengan maksud mesej seperti kehendak oleh penyampai mesej. Inilah yang dikatakan komunikasi berkesan.

 

2. Apakah kesalahan yang biasa orang buat ketika ingin menjadi pengacara?

Sebagai Pengacara, Host, Penyampai Berita atau Pengemudi Majlis, kesilapan itu perkara biasa, tetapi cara/kemahiran untuk mengatasi kesilapan tu yang luar biasa. Tersasul, tersalah fakta, “blurr” atau hilang ayat, tidak faham jawapan dari tetamu, itu antara kesilapan biasa dalam industri penyiaran.

Mahu atau tidak, sebelum melangkah ke pentas, ke studio, atau ke set program, setiap pengacara BERTANGGUNGJAWAB untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan isi kandungan yang akan dibincangkan, kerana akhirnya set yang menarik, panel yang berwibawa, pakaian yang cantik akan tenggelam jika seorang pengacara tidak memainkan peranan sebenar.

 

3. Tips suara sentiasa konsisten

Suara adalah anugerah dan senjata paling utama bagi seorang pengacara. Pernah atau tidak anda menonton TV, atau menyaksikan mana-mana pengacara majlis beraksi, dan terdetik dalam hati anda “Wow, sedapnya dengar suara host ni, sebutannya sangat jelas”.

Sebenarnya, teknik seseorang pengacara itu dapat bercakap dengan nada yang kedengaran SEDAP ialah kerana mereka tahu setiap sifat yang disebut.

Untuk melahirkan sebutan yang terang, jelas dan nyata kita wajib tahu KATEGORI HURUF dalam fonetik suara. 4 kategori tersebut adalah Frikatif, Nasal, Plosif, dan Diftong.

Jika anda tahu sifat-sifat huruf ini, setiap sebutan anda akan jelas dan mesej yang anda cuba sampaikan akan melekat di hati penonton atau pendengar. Carilah guru vokal atau guru komunikasi, Insyallah dengan ilmu, suara yang biasa akan jadi luar biasa.

Setelah memahami sifat huruf, amat penting bagi setiap pengacara lebih kreatif untuk tampil hebat dan memukau menggunakan teknik lontaran suara yang betul.

 

Kenapa? Inilah sebab-sebabnya.

1) Supaya setiap pengucapan atau penyampaian TIDAK “MONOTONOUS” atau MEMBOSANKAN

2) Supaya setiap mesej atau info yang ingin disampaikan SENANG DIFAHAMI oleh penonton

3) Host yang tiada gaya lontaran suara tidak layak digelar pengacara, tapi layak digelar PEMBACA SKRIP

4) Host yang faham teknik ini akan tahu bila WAKTU SESUAI untuk bernada tinggi, nada rendah dan nada biasa

5) Lontaran suara yang betul akan MENGHIDUPKAN sesuatu program.

 

Semoga bermanfaat.

 

Penulis  merupakan Penerbit Rancangan, Pengacara TV dan aktif sebagai Pengacara Majlis.

Keseriusan beliau berkecimpung dalam industri penyiaran sejak 2009 terserlah setelah dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik dan Pengulas TV Terbaik, di Anugerah Seri Angkasa 2016.

Beliau yang merupakan anak jati Kelantan adalah generasi penyiar muda yang banyak diberi tanggungjawab menjayakan program-program siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia RTM.

Pencapaian yang membanggakan melalui laporan-laporan berita yang diterbitkan beliau sebagai salah seorang wartawan siaran di RTM, telah membuatkan juri sepakat untuk menobatkan Shahril Sarapudin sebagai penerima Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail pada Malam Wartawan Malaysia 2016

 

 – Shahril Sarapudin

1,453 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *