“Santai Urban” Bersama Hana Ismail dan Selebriti Pilihan di TV Okey

Dikemaskini pada

Nantikan #SantaiUrban hanya di TV Okey @celebratetv• • • • • •Lets discover cool and hispter cafe around Klang Valley with our favourite host @hanaalmauzah accompanied by celebrity, sportstar and famous chef of Malaysia..Thank you @sweetqismina , @padinmusa , @luqmanhafidzx , @imancorinneadrienne , @zoeyrahman , @khaibahar94 , @fikreeaznan , @adirasalahudi , @najwalatiff , @adamleenizers , @harrisannuar , @aanastahirr and @fazleyyaakob ..Special thanks to @tapakurbanstreetdining , @abdulsukkor , @alaenamirza , @green_tomato_cafe , @warunkkoffie , @43coffee_ttdi , @playground_coffeery , @missellieteahouse , @bakersfellas , @whizzardtribecca , @fatcatmy , @dejavu__cr and @sukasucrebistro for agreeing to be feature..Catch #santaiurban every monday 6pm @tv_okey starting 29 Jun 2020..#production #productionlife #crew #travel #megazine #travelphotography #behindthescenes #tvshows #makeover #hipster #brandedcontent #sponsorship #smallmediumenterprise #airtime #throwback #designer #interiordesign #coffee

Posted by TV Okey on Isnin, 22 Jun 2020

 

Sama-sama meneroka dan mengetahui apakah pencuci mulut, kopi, dan makanan terbaik di sekitar Lembah Klang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu  “Santai Urban”, doku travelog yang bersiaran episod pertamanya pada 29 Jun lalu.

Dalam 13 episod siarannya, program menampilkan hos Hana Ismail ini mengetengahkan kepada penonton persembahan makanan yang berbeza, dan lokasi bandar yang menarik pada waktu yang sama.

Santai Urban adalah berkaitan tentang apa yang akan dilihat orang, pengalaman lawatan pertama ke tempat-tempat yang menjadikannya sangat menyenangkan dengan makanan yang enak dan kopi terbaik di bandar.

13 orang figura dalam kalangan selebriti artis terkenal, bintang sukan dan chef popular bakal muncul sebagai tetamu undangan berkongsi menu rahsia air tangan masing-masing.

Selebriti jemputan termasuklah pelakon Sweet Qismina, Luqman Hafidz, Iman Corinne Adrienne, Khai Bahar, Zoey Rahman, Najwa Latiff, dan Adam Lee. Turut dipilih memeriahkan program 30 minit ini Chef Fikree Aznan, Dato’ Fazley Yaakob, Padin Musa, Instafamous Adira Salahudi, Harris Annuar, dan Anas Tahir.

Lokasi penggambaran pula melibatkan Tapak Urban Street Dining, SukaSucre Bistro, Green Tomato Café, Warunk Koffie, 43 Coffee, Playground Coffeery, Miss Ellie Tea House, BakersFellas Café, dan banyak lagi.

Kepada anda yang sedang tercari-cari lokasi santai sambil mencuba menu istimewa, usah ketinggalan menyaksikan program ini setiap Isnin, pukul 6.00 petang di TV Okey.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

600 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *