Saksikan Istimewa Lejen – Reunion Rock 8 Mac ini!

Dikemaskini pada

Tiga figura hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanah air. Bakat dan kemampuan masing-masing menyerlah dalam bidang muzik terutama dalam aliran muzik rock yang dianggap sebagai ‘makanan’ mereka.

Khas buat penonton salurannya, Ahad ini pada 8 Mac 2020, pukul 9.00 malam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengimbas kembali perjalanan dalam industri tiga nama besar dalam bidang seni menerusi program diberi tajuk ‘Istimewa Lejen’ di TV1.

Dengan tema Reunion Rock, program hiburan ini pastinya dinanti-nantikan apatahlagi kerana menampilkan otai lejen Datuk Ramli Sarip, Ella dan Usop Kopratasa.

Lagu-lagu yang pastinya mengimbau kenangan anda semua ini pastinya membuatkan penonton teruja dan tidak sabar meluangkan masa menyaksikan program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini. Lagu disenaraikan Selapis Kasih Sedulang Reindu, Tinggal Tanda Tanya dan banyak lagi.

Program dirakamkan pada Oktober tahun lalu di Studio Pentas & Bunyi, Finas, Petaling Jaya ini menampilkan pengacara Aril Pilus dan iringan Saka Band.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

669 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *