RTM Raikan 16 September Ini Dengan Empat Telemovie Khas Hari Malaysia

Dikemaskini pada

Kempen ‘Malaysia Prihatin’ yang diangkat sebagai tema sambutan Kebangsaan 2020 diteruskan pula dengan meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan. RTM terus menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pendemik Covid-19 yang masih melanda dunia dengan tayangan program terbaik untuk disiarkan tarikh bersejarah ini.

Sepanjang hari tanggal keramat 16 September ini menyaksikan RTM menyenaraikan empat telemovie menerusi saluran TV1, TV2 dan TV Okey yang mengangkat situasi semangat perpaduan, cintakan negara dan jati diri rakyat Malaysia dalam memperjuangkan tanah air berdaulat.

Saluran perdana TV1 pada sambutan tarikh 16 September ini menjanjikan tayangan drama Panggung Khas Hari Malaysia bertajuk “Negaraku 16 September” mulai pukul 11.05 pagi yang mengisahkan antara seorang pemimpin pribumi Murut yang diminta oleh Donald Stephen untuk memujuk beberapa orang pemimpin pribumi untuk memberi sokongan kepadanya untuk Sabah menyertai pembentukan Malaysia.

Tentangan datang antaranya dari Sangau dan Mori yang menghasut orang-orang kampung supaya tidak menyokong pembentukan Malaysia. Bagaimanapun dengan pertolongan Cikgu Omar seorang guru dari KL akhirnya pemimpin itu menyertai pembentukan Malaysia adalah masa depan yang baik untuk Sabah. Telemovie ini dibintangi oleh Aeril Zafril, Melanie Tan, Yus Waisar, Kamarul Zainal, dan Marlin Malalin.

Sementara itu saluran TV2 tampil dengan dua telemovie bertajuk “Pinggan Jangan Retak”, pukul 1.00 tengahari dan tele khas terbitan Unit Drama TV RTM diberi tajuk “Terperangkap” disiarkan pukul 9.15 malam.

Kerana sebiji pinggan antik zaman Dinasti Ming rombongan Laksamana Cheng Ho yang dijumpai tertanam dilaman rumah, kejiranan pelbagai kaum yang sebelum ini harmoni menjadi bertelingkah apabila pinggan tersebut menjadi rebutan selepas didapati mempunyai nilai yang tinggi. Selepas pelbagai peristiwa menimpa, mereka akhirnya menyedari kesilapan masing-masing dan akhirnya bersetuju menyerahkan pinggan tersebut kepada Muzium Negeri Melaka sebagai khazanah negara. Drama lakonan Jalil Hamid, Norlaila Nasir, dan Wong Sin Nen ini bertajuk “Pinggan Jangan Retak”.

Karya arahan Wan Afzam Wan Daud, Unit Drama TV RTM ditonjolkan kepada penonton dalam tajuk “Terperangkap” yang menggandingkan empat pelakon utama Izzue Islam, Lia Natalia, Victor Vimal Muniandy, dan Sonic Hussein.

 Ceritanya berkisar tentang empat pegawai terperangkap dalam sebuah lif. Mereka terpaksa berdepan dengan perangai dan karenah masing-masing. Hasnia (Sabah) gadis terakhir masuk dalam lif. Jimson (Sarawak), Hussain (Kelantan) dan Kumar menyalahkan Hasnia kerana lif rosak selepas Hasnia masuk dalam keadaan kelam kabut. Masing-masing mula menyalahkan orang lain. Sejam selepas itu mereka keluar dari dalam keadaan yang sangat harmoni. Namun apakah penyebab mereka boleh berbaik sangka sesama mereka?

Menerusi telemovie bertajuk “Kubur Parajurit Tidak Bernama”, pukul 3.00 petang di TV Okey, berkongsi kisah seorang penulis majalah iaitu Zain cuba mencari maklumat berkaitan perajurit yang telah banyak berjasa kepada Negara dimana perajurit tersebut adalah bapanya.

Semasa dalam pencariannya, Zain dibantu oleh Azlin dan ini membawa mereka ke sebuah perkampungan orang asli dan bertemu dengan Tok Ngambang yang membantu mereka medapatkan maklumat tetang ayah Zain. Pelakon drama ini Shah Iskandar, Eyra Hazali, Qazeem Nor, Nurasli@Aswad, Yusree, Anuar Hamid Aziz, dan Mak Wan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, MyKlik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui RTM Mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

316 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *