Rancangan Menarik Di TV2 Minggu Hadapan

Dikemaskini pada

 

23 Jun 2020 (Selasa) 9.30 Malam

Slot: Popcorn

Kisah Jimmy, Clyde dan juga Mellie Logan yang membuat satu perancangan yang rumit dan terperinci dalam cubaan untuk merompak sebuah litar lumba di North Carolina, Amerika Syarikat. Mereka berharap kejayaan rompakan tersebut akan dapat memecah tradisi keluarga Logan yang sentiasa dipandang remeh oleh orang lain. Berjayakah mereka?

Lakonan: Channing Tatum, Adam Driver, Daniel Craig

 

 

 

24 Jun 2020 (Rabu) 9.30 Malam

Slot: Bollygood

Kisah sepasang kekasih yang menghadapi pelbagai masalah kerana keluarga mereka saling bermusuhan hingga mereka membuat keputusan untuk lari dari rumah dengan membawa wang simpanan ibubapa mereka dan tinggal di hotel. Malangnya, pada waktu itu kerajaan mengumumkan ‘demonetization’ terhadap wang kertas seribu rupee menyebabkan wang tunai yang mereka ada tidak boleh digunapakai lagi.

Lakonan: Amrinder Gill, Simi Chahal, Harish Verma

 

 

25 Jun 2020 (Khamis) 9.30 Malam

Slot: Golden Dragon

Ah Hu, Mad Dog, Jian Ren dan Sha Bao berusaha memulakan kehidupan baru selepas dibebaskan dari penjara. Mereka membuka perniagaan menjual ramen Jepun untuk mencari sumber pendapatan. Namun, gelaran mereka sebagai bekas banduan dan   ketidakmampuan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat menjadi penghalang kejayaan mereka. Mampukah mereka mengatasi semua halangan dan mengecapi kejayaan?

Lakonan: Wang Lei, Ryan Lian, Maxi Lim, Gadrick Chin

 

 

27 Jun 2020 (Sabtu) 10.30 Malam

Slot: Layar Asia (Filipina)

Joma gemar berjudi untuk menyelesaikan hutangnya. Dia secara tidak sengaja bertemu Diane yang memberinya ‘tuah’ apabila mereka berada dekat antara satu sama lain. Diane tidak percaya tetapi tiada pilihan kerana dia juga memerlukan wang untuk rawatan ayahnya. Semuanya berjalan lancar sehinggalah mereka mendapat tahu ‘tuah’ mereka akan hilang apabila mereka jatuh cinta.

Lakonan: Jericho Rosales, Bela Padilla, Jeric Raval.

 

 

28 Jun 2020 (Ahad) 9.30 Malam

Slot: Spice Of India

Madhu dan Kulanthai Velu ditangkap dan dipenjarakan oleh polis setelah disangka menjadi pembantu kepada Chotta, seorang pengganas yang cuba meletupkan beberapa tempat awam. Walaubagaimanapun, mereka berjaya melepaskan diri dari penjara dan memburu Chotta untuk membuktikan bahawa diri mereka tidak bersalah. Berjayakah mereka?

Lakonan: Udhayanidhi Stalin, Manjima Mohan, Soori

1,072 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *