Que Haidar dan Ogy Ahmad Daud Dalam Telefilem “Yang Tersembunyi” di TV Okey

Dikemaskini pada

Karya bergenre Islamik yang dibawakan dalam telefilem bertajuk “Yang Tersembunyi” bakal memperlihatkan kemampuan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang sememangnya dikenali sebagai pengarah fotografi hebat dalam industri seni negara kita.

Umpama satu bonus kepada penonton apabila telefilem terbitan Enuja Production Sdn Bhd yang bakal menemui penonton pada 19 September ini, pukul 8.00 malam menerusi saluran TV Okey ini turut menampilkan pelakon utama yang berpengalaman Que Haidar, dan Fauziah Dato’ Ahmad Daud.

Salah satu babak lakonan Que Haidar dan Fauziah Dato’ Ahmad Daud dalam telefilem “Yang Tersembunyi”

 

Malahan lebih manis lagi dengan plot cerita yang kuat, telefilem ini turut dibantu dengan penampilkan pelakon yang menyerlah bakat mereka termasuklah Sherry Merlis, Riz Amin, Hisham Ahmad Tajuddin dan ramai lagi.

Kisah kekeluargaan meruntun jiwa yang realitinya berlaku dalam masyarakat ini mengisahkan tentang kisah seorang suami panas baran yang sering mencederakan isteri serta anak perempuannya. Dalam masa yang sama Zhariff juga secara sembunyi-sembunyi mempunyai perempuan simpanan iaitu Nina.

Satu hari Zhariff dan Nina terlibat dalam kemalangan yang teruk hingga mengakibatkan sel otak Zhariff rosak. Semenjak itu, Zhariff sentiasa teringatkan anak dan isterinya. Sikapnya yang sukar diduga adakalanya menyebabkan orang kampung menganggap Zhariff gila.

Kasih sayang ibu sememangnya tiada penghujungnya. Ibu Zhariff terus menjaga anaknya itu dengan penuh kesabaran. Ibunya tetap mengharap keajaiban kekuasaan Allah supaya Zhariff sembuh dan berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya dan mengutamakan keluarga.

Tercapaikah impian ibunya untuk melihat Zhariff berubah? Bagaimana penerimaan isteri dan anaknya bila mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zhariff? Apa pula yang terjadi pada perempuan simpanan Zhariff, Nina?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

488 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *