Pengarah Bahagian Program TV Lokman Muda Bersara Wajib

Dikemaskini pada

Pengarah Bahagian Program TV, Lokman Muda mengimbas kad perakam waktu buat kali terakhir jam 5.01 minit petang pada 2 September 2020. Beliau bersara wajib setelah berkhidmat selama 33 tahun di Jabatan Penyiaran Malaysia.

Majlis santai telah diadakan bersama kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia untuk meraikan hari terakhir perkhidmatan beliau.

Lokman Muda pernah dipinjamkan ke NHK Jepun pada tahun 1995 sehingga tahun 1999. Menurutnya, ia merupakan pengalaman yang bermanfaat untuk dipraktikkan sepanjang perkhidmatannya di Jabatan ini.

Menurutnya lagi, walaupun beliau mula berkhidmat di Jabatan Penyiaran dengan kebiasaan yang lama, dan keluar dengan kebiasaan baharu, namun segalanya berjalan dengan lancar.

Beliau memulakan perkhidmatan di Jabatan ini pada 3 Februari 1987 dan pernah bertugas di beberapa stesen negeri antaranya Langkawi dan Terengganu sebelum kembali berkhidmat di Angkasapuri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Datuk Saidatu Akhma Hassan berkata, ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber dengan sifat tenang menjadi kualiti terbaik yang patut dicontohi oleh seluruh warga Jabatan.

Tambahnya lagi, selama tempoh 33 tahun, Lokman Muda telah menampilkan bentuk kepimpinan yang dikatakan sangat mesra orangnya, sangat penyabar, cool dan tenang. Ia merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam perkhidmatan di RTM yang sentiasa bergerak pantas. Oleh itu, RTM memerlukan seseorang yang boleh mengimbangi gerakan pantas dan menjadi seorang yang boleh menenangkan keadaan apabila kita bekerja dalam keadaan yang agak stress.

Selamat bersara En. Lokman! Jangan lupakan kami di sini!

97 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *