Pelakon Veteran Idris Mat Diah Meninggal Dunia

Dikemaskini pada

Pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi tadi di kediamannya di Persint 9, Putrajaya. Menurut anak Allahyarham, Alia, bapanya didapati tidak sedarkan diri sekitar jam dua pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan setengah jam kemudian.

“Sejak dua tiga hari lalu, arwah tiada selera makan, sebelum tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Alia juga turut memaklumkan agar kenalan bapanya untuk menghubungi pihak waris, sekiranya arwah ada berhutang.

“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” ujarnya.

Idris atau nama penuhnya Mohd. Idris Mohd. Diah, 61, merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri. Arwah yang sinonim dengan karakter bapa dan datuk itu juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Dalam satu perkongsian status menerusi Facebook, seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud menyifatkan Idris sebagai aktor yang cukup dihormati. Pengalaman berganding dengan arwah menerusi telefilem Bila Bulan Mengambang sekitar 1990-an masih berbekas di jiwa.

“Salah seorang pelakon yang sangat saya minat, segan dan amat saya hormati. Banyak yang saya pelajari daripada arwah. Seorang aktor yang sangat merendah diri tetapi ilmunya luas sebagai seorang aktor. Berehatlah Idris di negara abadi,” memetik tulis Fauziah atau Ogy.

Selain itu, ramai selebriti yang mengenali dan pernah bekerja bersama beliau juga memuat naik hantaran di akaun Instagram mereka turut berduka cita atas pemergian arwah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah mereka di Kepong dan diuruskan di Masjid Al-Faizin, Kepong sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Allahyarham cukup dikenali menerusi drama TV dan sering memegang watak sebagai bapa yang penyayang.

Antara drama lakonannya ialah 7 Hari Mencintaiku, Menantu Bilal, Cucu Tauke Beras, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan lain-lain.

SUMBER: Seniman

 

170 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *