Orkestra RTM

Dikemaskini pada

Orkes Radio Malaya ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Ahmad Merican (Tan Sri) bersama-sama dengan pemimpin awalnya Alfonso Soliano. Keanggotaan ahli muzik ketika itu adalah seramai 13 orang termasuk Dato Ahmad Nawab dan Dato Johari Salleh.

Tan Sri Ahmad Merican

Alfonso Soliano

Apabila Radio dan TV bergabung pada tahun 1967, Orkestra ditukar nama menjadi Orkestra RTM. Penubuhannya memainkan peranan penting dalam memartarbatkan lagu-lagu tempatan daripada pelbagai genre termasuklah irama jazz di mana Orkestra RTM merupakan pelopor pertama muzik tersebut di Malaysia. Penggubah ternama seperti Ooi Eow Jin, Rahman Rahmat, Jimmy Boyle,Tan Chong Yew, Ahmad Shariff, Gus Steyn, Richard Hoon selain daripada Alfonso, Dato Johari Salleh dan Dato Ahmad Nawab telah melakar sejarah awal bersama Orkestra RTM.

Orkestra RTM pernah mendapat latihan awal bersama pemuzik bertaraf dunia iaitu Herb Pomeroy dan Charlie Mariano yang menjadikan Orkes Radio Malaya ketika itu begitu mantap.

Di samping itu, Orkestra RTM juga telah melahirkan 21 buah CD pelbagai genre termasuklah CD Jazz Tribute to Malaysian Songs yang telah dimainkan di semua destinasi Sistem Penerbangan Malaysia di seluruh dunia pada tahun 2011.

Orkestra RTM turut mendapat lima pengiktirafan Malaysia Book of Records terutamanya Simfoni Putrajaya pada tahun 2006 yang melakar sejarah sebagai konsert simfoni pertama di pentas terbuka dan dibawa secara langsung ke kaca TV.

Jalinan kerjasama dengan Life Records melalui album Orkestra RTM Bersama Ismail Haron dan syarikat rakaman Warner Music – SM Salim Bersama Orkestra RTM di mana kedua-dua album ini telah dipasarkan secara komersil.

Orkestra RTM menjadi orkestra pertama dari Malaysia yang membuat persembahan di pentas antarabangsa iaitu Java Internatonal Jazz Festival tahun 2010, 2012 dan 2015.

Untuk tahun 2020, Orkestra RTM bakal menemui penonton secara langsung di lokasi dan kaca TV antaranya melalui Konsert Orang Kita (29 Feb 2020)  dan  Konsert di Melaka ( 11 April 2020).

YBhg. Dato’ Haji Mokhzani Ismail – Pengarah Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia 

2,948 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *