Nostalgia Bas Mini Bersama Artis Terkenal di TV Okey

Dikemaskini pada

Memori Bas MiniSetiap Ahad 8.00malamTV Okey

Posted by LANGKAWIfm RTM on Sabtu, 10 Oktober 2020

 

Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah pasti mempunyai pengalaman masing-masing sama ada yang menarik mahu pun melucukan. Kelebihan bas mini sememangnya cukup luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai ‘raja jalanan’.

Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan. Kemajuan menelan segala memori zaman dahulu menggunakan perkhidmatan bas mini.

Kata orang sekiranya ingin maju kena pandang ke depan bukan mengenang masa silam. Namun tiada salahnya sesekali menoleh ke belakang menggamit memori lama tersebut.

Menariknya Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan pengalaman dan nostalgia eksklusif berkaitan bas mini milik artis terkenal tanah air terdiri daripada artis lama dan baharu dalam program terbaharu diberi tajuk “Memori Bas Mini”.

Program temu bual santai yang bakal mengimbau kembali nostalgia bas mini bersama artis popular ini disiarkan mulai 25 Oktober ini, setiap Ahad, pukul 8.00 malam di TV Okey.

Dalam setiap episod akan menampilkan dua tetamu dan dalam episod satu mengundang dan berkongsi cerita milik Rosyam Nor, dan Ogy Ahmad Daud. Seterusnya Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, dan Fredo Flybaits, Deja Moss, dan Azura Aziz, Ayu Damit, dan Jay-Jay, Pat (Candy), dan Salleh Yaacob, juga Jamian Lambit, dan Hasnol.

Saksikan juga perkongsian momen-momen manis dan pengalaman bersama penyanyi Reyhana, dan Rahmat Mega, Aris Ariwatan, dan Salma, Dato Hattan, dan Adam, Ezlynn, dan Bob Yusof, Firman Basir, dan Haleeda juga penyanyi Ahmad Fauzee, dan Erra Fazira.

Bersama-sama gandingan hos Adiel Abdul Ghafarr dan Zulin Azizi, saksikan 13 episod ini di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

76 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *