Naluri Bapa Khir Rahman Dalam Drama “Hanya Suara” di RTM

Dikemaskini pada

Jelas hala tuju sebagai sebuah karya, drama-drama terbitan mahu pun siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ternyata mempunyai tempat dalam kalangan penonton. Begitu juga dalam menyampaikan mesej khas dan jalan cerita contohnya drama hari guru, hari ibu dan sebagainya nyata dekat di hati penonton.

Bulan Jun ini sambutan hari bapa diraikan RTM dengan menyiarkan drama bertajuk “Hanya Suara” yang mengetengahkan ikatan tulus antara seorang bapa dengan anaknya pada 20 Jun ini, pukul 3.05 petang menerusi TV1.

Telemovie arahan Khir Rahman ini menampilkan gandingan lakonan mantap Ungku Hariz, Siti Elizad, Zam Skool, Eliza Mustafa dan Sazly Baginda selain Khir Rahman sendiri turut membintangi drama skrip dihasilkan Siti Jasmina Ibrahim ini.

Ia memaparkan kisah dua beranak Amir dan anak lelakinya Adil menjalani kehidupan setelah kematian isterinya. Adil dilihat di mata orang luar yang tidak mengenalinya sebagai anak yang baik kepada ayah yang cacat penglihatan. Dia akan setia menemani ayahnya, Amir menyanyi di tempat orang ramai.

Bukan derma yang diminta. Hanya ruang buat persembahan. Sehingga satu hari ada seorang penerbit muzik, Zaidi yang kagum dengan suara Amir menawarkan untuk merakamkan lagu. Kegembiraan ayahnya bercerita, bersedia untuk merakam lagu, gembira mendengar hasil rakaman lagu membuatkan dalam diam Adil menangis sebak.

Imbas kembali kehidupan Adil dengan kawannya Wan sangat nakal dan suka meragut beg dan berjudi. Itu salah satu kerja yang sering dilakukan Adil. Amir tahu perbuatan anaknya itu tetapi Adil sentiasa akan memberontak bukan dengan bertekak tetapi tidak akan balik ke rumah beberapa hari.

Amir tidak pernah putus asa mencari ruang peluang untuk ujibakat nyanyian. Dia mempunyai suara yang merdu namun peluang tidak lagi menyebelahinya dan memang dia suka menjadi penyanyi walaupun impian itu diperlekehkan oleh Adil. Amir juga pandai mencipta lagu. Sebuah gitar lama menjadi instrument untuk dia berkarya.

Amir turut menjual burger di hadapan kedai makan kawan baiknya, Sam. Sam sangat faham Amir. Dia tahu kebaikan kesabaran Amir dan impian Amir itu. Apapun setiap usaha ujibakat Amir tidak pernah berjaya. Walaupun suaranya lunak. Lama kelamaan Amir rasa kecewa.

Aina, adik arwah isteri Amir yang tinggal berdekatan perumahan mereka yang pernah terhutang budi juga dengan Amir menyelamatkan dia dari diragut. Yang meragut Aina sebenarnya ialah Wan tapi Adil sendiri tidak tahu. Aina dalam diam menaruh hati kepada Amir. Dia kagum dengan kesungguhan dan kesabaran Amir bekerja dan menjaga Adil.

Aina tidak suka cara Adil terhadap ayah sendiri. Aina dan Adil juga sering bertelagah. Adil berhutang dengan Ezy, seorang lelaki yang membuka tempat judi cara haram. Apabila tiba masa untuk membayar hutang, Adil menipu ayahnya untuk mendapatkan wang. Amir yang sangka anaknya cakap betul, akan usaha bantu.

Sehinggalah suatu malam, Adil cemas dan dalam bahaya. Adil menangis ketakutan dan serik kerana sedang diburu oleh geng Ezy. Amir pergi berhadapan dengan Ezy dan Amir juga boleh dalam keadaan bahaya, dan Ezy perlekehkan Amir, memalukan Amir di hadapan Adil dan orang lain. Adil sedih lihat ayahnya buat apa saja yang disuruh dan barulah keadaan dapat diselesaikan. Adil lega terlepas dari masalah dengan Ezy dan cuba untuk berubah.

Baru saja hubungan Amir dengan Adil dalam keadaan aman, Adil dan Amir sama kemalangan jalan raya. Keadaan Adil parah terutama bahagian mata. Amir hanya cedera ringan rasa terkilan lihat keadaan anaknya itu. Adil pula hilang semangat untuk hidup setelah mengetahui dunianya kini gelap. Amir berbohong kepada Adil yang dia sama sama buta dengan anaknya dan ajak sama sama bangkit dengan semangat baru dan redha. Aina saja yang tahu seberanya Amir tidak buta.

Suatu hari, Amir pulang dalam keadaan gembira beritahu doktor pakar mata telah bersedia mahu bedah mata Adil kerana sudah ada penderma. Mata itu sesuai untuk Adil tapi bukan untuk ayahnya. Sebenarnya Amir lah yang dermakan matanya. Aina memendam rasa menyimpan semua rahsia. Untuk menyaksikan kesudahannya saksikan di TV1.

581 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

1 Comment

  1. amat terkesan…kesinambungan scene bagus…cara pengambilan shot baik…shot framing amat menarik…pemilihan pelakun tepat…tiada pembaziran shot…dialog bersahaja…cantek lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *