“Movie Time” Bersama TV2 Minggu Hadapan!

Dikemaskini pada

 

 

29 Jun 2020 (Isnin) 9.30 Malam

Slot: Teater Legenda

Kisah Hang Tuah yang terlalu taat dan setia kepada Baginda Sultan sehingga dia sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang memberontak selepas Sultan menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.

Lakonan: Tan Sri P. ramlee, Ahmad Mahmud, Saadiah, Zaiton, Haji Mahadi

 

 

 

30 Jun 2020 (Selasa) 9.30 Malam

Slot: Popcorn

Mike, seorang ejen rahsia bersama pasukannya perlu mencari jalan melepaskan diri dan menyelamatkan Presiden Amerika apabila Barkawi, seorang pengganas menyerang kota Landon.

Lakonan: Gerard Butler, Aaron Eckhart, Morgan Freeman

 

 

1 Julai 2020 (Rabu) 9.30 Malam

Slot: Bollygood

Angrej dan Maado saling mencintai. Namun, kerana harta Maado sanggup meninggalkan Agrej selepas dia digoda seorang lelaki kaya. Angrej kemudian bertemu dengan Dhan Kaur yang menjadi sahabat baiknya dan dengan bantuan wanita tersebut, Angrej berjaya bersatu kembali dengan Maado. Tetapi, perasaan Angrej terhadap Maado tidak lagi seperti dahulu.

Lakonan: Amrinder Gill, Sargun Mehta, Aditi Sharma

 

 

2 Julai 2020 (Khamis) 9.30 Malam

Slot: Golden Dragon

Leng Feng, seorang bekas pasukan khas China dihantar ke Afrika untuk misi menyelamat warga China di kawasan pergolakan termasuk Dr Chen. Dr. Chen telah menjalankan kajian ke atas penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Lamanla dan berjaya menghasilkan antibodi bagi mengubati penyakit tersebut menyebabkan dia menjadi buruan.

Lakonan: Jing Wu, Frank Grillo, Celina Jade

 

 

3 Julai 2020 (Jumaat) 9.30 Malam

Slot: Citra

Mengisahkan Sofia, ibu yang  berusaha menyelamatkan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki. Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya. Wanita tersebut telah mengambil dan menyembunyikan anak Sofia di rumah bagi menggantikan anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Lakonan: Reen Rahim, Risteena, Daniel Lim Santoso, Rania Humaira

 

 

5 Julai 2020 (Ahad) 2.00 Petang

Slot: Layar Kita

Cicakman telah meninggalkan Metrofulus. Peminatnya, Man begitu taksub dengan Cicakman hingga mengakibatkan isterinya Linda, mula bosan dan ingin bercerai. Man tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam yang cuba untuk memenangi hati isterinya. Walaubagaimanapun, kehidupannya berubah apabila dia terjumpa serum kepunyaan Cicakman, yang memberikan dia kuasa luar biasa.

Lakonan: Zizan Razak, Lisa Surihani, Bell Ngasri, Fizz Fairuz

 

 

5 Julai 2020 (Ahad) 9.30 Malam

Slot: Spice Of Media

Cicakman telah meninggalkan Metrofulus. Peminatnya, Man begitu taksub dengan Cicakman hingga mengakibatkan isterinya Linda, mula bosan dan ingin bercerai. Man tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam yang cuba untuk memenangi hati isterinya. Walaubagaimanapun, kehidupannya berubah apabila dia terjumpa serum kepunyaan Cicakman, yang memberikan dia kuasa luar biasa.

Lakonan: Nishesh, Vaishnavi, Ramdoss, Karthik Kumar, Vidya Pradeep, Bindu Madhavi

525 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *