Dikemaskini pada
26 Oktober 2020 (Isnin) 9.30 Malam
Slot: Teater Legenda
Ramlee, Aziz dan Sudin, bujang lapok yang bermusafir tanpa arah tujuan telah menyaksikan Pendekar Mustar menewaskan sekumpulan samseng di sebuah jeti. Lantas mereka mencari rumah Pendekar Mustar untuk belajar silat. Tapi lain pula jadinya apabila mereka diperkenalkan dengan Ros, anak gadis Pendekar Mustar dan masing-masing mula jatuh hati kepada Ros.
Lakonan: Tan Sri P. Ramlee, Rose Yatimah, Aini Jasmin, Aziz Sattar, S. Shamsuddin
27 Oktober 2020 (Selasa) 9.30 Malam
Slot: Popcorn
Teenage Mutant Ninja Turtles kembali dengan misi baru di New York, mereka perlu memburu seorang penjahat yang terlepas daripada tahanan polis. Penjahat tersebut turut bekerjasama dengan seorang makhluk asing dalam perancangan untuk menakluk bumi. Berjayakah Teenage Mutant Ninja Turtles melaksanakan misi mereka?
Lakonan: Megan Fox, Will Arnett, Tyler Perry
28 Oktober 2020 (Rabu) 9.30 Malam
Slot: Bollygood
Filem berbentuk Biopik yang mengisahkan kebangkitan bekas pemain hoki India Sandeep Singh setelah dia lumpuh selepas terlibat dalam insiden tembakan yang tidak disengajakan.
Lakonan: Amrinder Gill, Sargun Mehta, Aditi Sharma
29 Oktober 2020 (Khamis) 1.00 Tengah Hari
Slot: Khas Maulidur Rasul
Akibat kemalangan, Musa jadi buta. Dibelengu rasa bersalah bertahun, Osman pergi berjumpa Musa untuk memohon maaf. Sesampai dirumah Musa, Osman berpura-pura mengatakan yang keretanya rosak dan tidak ada tempat bermalam. Musa menerima Osman sebagai tetamu. Osman sedih melihat keadaan Musa, namun tidak ada kekuatan untuk memberitahu tujuan asal dia datang kesitu. Tempoh satu malam dirumah Musa, dirasakan sangat lama untuk Osman. Pelbagai cerita yang didengar dari Musa. Osman kagum dengan cara Musa menerima apa yang berlaku atas dirinya. Pada ketika Osman mahu pulang, Musa menyatakan yang dia sudah lama memaafkan orang yang menyebabkannya buta.
Lakonan: Azman Hasan, Che Kem, Mym Masher
29 Oktober 2020 (Khamis) 9.30 Malam
Slot: Tele Khas Maulidur Rasul
Kisah Faiq yang sering diabaikan ibunya sejak kematian adik perempuannya kerana ibunya menyalahkan Faiq cuai hingga menyebabkan adiknya kemalangan dan meninggal dunia. Dia banyak menghabiskan masanya dengan Tok Imam dan jirannya Pakcik Lim sehingga hatinya tertarik untuk mendekati masjid. Dengan bimbingan Tok Imam, Faiq diajar membaca Al-Quran, solat dan mengikuti kuliah agama di masjid. Dia juga tertarik kepada sifat-sifat mulia Nabi Muhammad SAW dan amalan sunah Rasulullah SAW.
Lakonan: Pekin, Zarina Zainoordin, Razak Ahmad
30 Oktober 2020 (Jumaat) 8.30 Malam
Slot: Sukan
Saksikan secara langsung pertarungan hebat antara dua juara.
1 November 2020 (Ahad) 2.00 Petang
Slot: Layar Kita
Berdasarkan kisah benar, filem ini adalah mengenai kumpulan ‘Choral Speaking’ kelahiran SMK Pinang Tunggal di Kedah yang memenangi pertandingan pada tahun 2015. Kesungguhan cikgu Cheryl Ann Fernando dalam mengajar dan memastikan kecemerlangan pelajarnya di sebuah kawasan pedalaman di Kedah.
Lakonan: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Ahmad Adnin Zidane Muslim
1 November 2020 (Ahad) 9.30 Malam
Slot: Spice Of India
Narayanan, anak seorang ahli politik, menyerang Vishnu seorang Paramedik dan pemandu Ambulan kerana Vishnu telah menyelamatkan musuhnya yang telah ditikam dalam satu percubaan bunuh oleh Narayanan. Tidak cukup dengan itu, Narayanan menjadikan kehidupan Vishnu sengsara dengan merasuah pegawai polis tempatan dan pegawai kerajaan untuk mengganggu tugas Vishnu.
Lakonan: Samuthirakani, Vikranth, Sunaina, Arthana Binu, Gouri Nair