Melekat Bersama TV2 Minggu Ini!

Dikemaskini pada

ISNIN (10 Ogos 2020)

9.30 Malam

Bidasari (Teater Lagenda)

Bidasari dilahirkan kembar dengan seekor ikan dan berkongsi nyawa dengan ikan tersebut. Dia membesar menjadi wanita yang paling cantik hingga menyebabkan Permaisuri Lelasari irihati terhadapnya. Putera Indera, anak tiri Permaisuri Lelasari jatuh cinta terhadap Bidasari kerana kecantikannya menyebabkan Permaisuri bertambah marah lalu, merancang untuk membunuh Bidasari dengan mengawal nyawa ikan yang merupakan kembar kepada bidasari.

Lakonan : H.M. Busra, S. Kadarisman, Sarimah, S. Shamsuddin dan Tan Sri Jins Shamsudddin.

 

SELASA (11 Ogos 2020)

9.30 Malam

Transformers: The Last Knight (Popcorn)

Tiga tahun selepas Optimus Prime meninggalkan Bumi, Autobots masih terancam dan berperang dengan Decepticons. Cade Yeager, penjaga Autobots di Bumi mendapat Talisman yang diberikan oleh sebuah Transformer. Maka, berlakulah perebutan sebuah artifak yang hilang antara Autobots dan Decepticons.

Lakonan : Mark Wahlberg, Anthony Hopkins dan Josh Duhamel.

 

RABU (12 Ogos 2020)

9.30 Malam

Taare Zameen Par (Bollygood)

Ishaan, seorang pelajar yang mengidap dyslexia. Keadaan Ishaan tidak difahami ibu bapa, guru-guru dan juga rakan-rakannya di sekolah. Namun, pertemuannya dengan Ram Shankar Nikumbh, seorang guru seni merubah segalanya. Guru seni tersebut berjaya membantu Ishaan menemui potensinya yang tersembunyi.

Lakonan : Darsheel Safary, Aamir Khan, Tisca Chopra, Tanay Chheda dan Vipin Sharma.

 

KHAMIS (13 Ogos 2020)

9.30 Malam

Cold War (Golden Dragon)

Sebuah kenderaan polis berkelengkapan canggih dirampas dan 5 pegawai terlatih yang berada dalam kenderaan tersebut dijadikan tebusan. Strategi pihak polis sewaktu operasi menyelamat diketahui penjenayah menyebabkan operasi tersebut gagal. Penjenayah kini berada beberapa langkah dihadapan polis hinggalah 2 pegawai kanan polis mengambil alih dalam operasi menyelamat!

Lakonan : Aaron Kwok, Tony Leung Ka‑fai, Charlie Yeung, Eddie Peng dan Aarif Rahman.

 

SABTU (15 Ogos 2020)

10.15 Pagi

Kidzoners (Toon On 2)

Program kanak-kanak berbahasa Inggeris terbitan Unit Majalah Dan Dokumentari, RTM yang menampilkan kanak-kanak dengan pelbagai bakat istimewa.

 

9.00 Malam

Konsert Minggu Ini – Bob, Hazami & Lah Ahmad

Saksikan persembahan Bob, Hazami dan Lah Ahmad dalam Konsert Minggu Ini terbitan Unit Hiburan TV, RTM.

Artis : Bob, Hazami dan Lah Ahmad.

 

AHAD (16 Ogos 2020)

Fresh Brew

11.00 Pagi

Program bual bicara berbahasa Inggeris yang membincangkan pelbagai topik menarik seperti kesihatan, keluarga dan gaya hidup.

 

1.30 Tengah Hari

Ombak Rindu (Layar Kita)

Izzah seorang gadis kampung telah dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur di sebuah kelab malam. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan. Izzah merayu agar Hariz menikahinya dan Hariz bersetuju dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?

Lakonan : Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palare.

 

9.30 Malam

Kuttram 23 (Spice of India)

ACP Vetrimaaran merungkai kes jenayah yang membabitkan pakar perubatan. Walaubagaimanapun, hari demi hari tugasnya menjadi semakin rumit kerana kes tersebut menjadi semakin sukar.

Lakonan : Arun Vijay, Mahima Nambiar dan Vamsi Krishna.

 

292 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *