Majlis Persaraan Pengarah Berita Ehwal Semasa Puan Che Rohana Che Omar

Dikemaskini pada

Setelah lebih daripada 36 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Penyiaran Malaysia, Pengarah Berita Ehwal Semasa Puan Che Rohana Che Omar menamatkan perkhidmatan terakhir beliau semalam.

Che Rohana atau lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ana oleh seluruh warga Jabatan, disifatkan sebagai seorang yang banyak memberikan tunjuk ajar, menunjukkan teladan, peramah, cergas dan bertanggung jawab  kepada semua pegawai.

Beliau juga berpesan kepada pegawai-pegawai muda yang masih berkhidmat agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan terus menyambung legasi kecemerlangan RTM sebagai media yang paling dipercayai.

Seluruh warga kerja Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau.

Jom kita lihat gambar-gambar dibawah sepanjang majlis tersebut!

     

 

 

Selamat bersara Che Ana! 🙂

 

545 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *