Letupan dahsyat Beirut, berpuluh-puluh maut

Dikemaskini pada

BEIRUT: Letupan kuat menggegarkan ibu kota Beirut dengan sekurang-kurangnya 78 dilaporkan terbunuh manakala lebih 4,000 cedera.

Kejadian pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu menjejaskan beratus-ratus kediaman dan bangunan berhampiran, termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri.

BBC melaporkan, punca kejadian masih disiasat.

Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, gudang itu menyimpan ammonium nitrat.

Angka kematian dijangka meningkat.

Presiden Lebanon, Michel Aoun menegaskan adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima’ apabila 2,750 tan ammonium nitrat disimpan di dalam gudang dalam keadaan tidak selamat.

Perdana Menteri, Hassan Diab menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malapetaka’ dan sesiapa yang bertanggungjawab akan diambil tindakan tegas.

Letupan turut didengari sejauh 240 kilometer.

 

 

 

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

295 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *