Dikemaskini pada


Layan Makan Jerrr dan Lek Lek Luu….! merupakan dua program terbitan Unit Media Sosial RTM yang dihoskan oleh Ariey Jojo dan Affiq Zulkiflee disiarkan melalui siaran langsung di laman Facebook RTM – Radio Televisyen Malaysia dan ulangannya boleh di tonton di saluran Youtube RTM .



Layan Makan Jerrr, rancangan yang berkonsepkan makan-makan santai yang akan menjelajah restoran dan makanan menarik di seluruh Malaysia. Rancangan ini boleh ditonton pada setiap Sabtu, pukul 4 petang di Facebook RTM – Radio Televisyen Malaysia



Lek Lek Luuu..! bersama Affiq Zulkiflee pula berkonsepkan bual bicara santai dengan tetamu yang terdiri daripada selebriti atau personaliti media sosial dengan topik yang ringan. Saksikan rancangan ini setiap Khamis, pukul 3 petang di Facebook RTM – Radio Televisyen Malaysia
Teruskan bersama kami di RTM!