Lah Ahmad, Hazami dan Bob Yusof Dalam “Konsert Minggu Ini : 3 Divo” di TV2

Dikemaskini pada

Lantunan vokal mantap dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada semua penonton setia salurannya terutama penggemar setia menerusi Konsert Minggu Ini yang menyatukan tiga penyanyi hebat.

Siapa yang tidak kenal dengan Hazami, Lah Ahmad dan Bob Yusof? Masing-masing sedia dikenali dengan lagu popular yang menaikkan nama mereka dalam industri. Manjanjikan lagu-lagu pilihan yang diyakini mampu memberi kepuasan maksima kepada penonton, persembahan disampaikan dalam empat segmen berbeza.

Diberi tajuk Konsert Minggu Ini, “3 Divo” konsert berlangsung sejam setengah yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menghiburkan penonton pada 15 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2.   

Diterbitkan oleh Abd Rahman El Ferlisi, Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menyaksikan buat julung-julung kalinya gandingan tiga vokal ini bersatu dalam pentas yang sama.

Istimewanya konsert ini menampilkan Lah bakal beraksi dengan dengan diiringi oleh kumpulan yang baru ditubuhkannya, Lah Ahmad & The Gentlemen. Lah turut membuat penampilan duet dengan penyanyi baharu Aisha Retno dalam satu lagu popular.

Apakah tajuk lagu dipilih mereka untuk dinyanyikan bersama? Dan lagu-lagu popular mereka yang mana satukah bakal menyerikan malam minggu anda hujung minggu ini? Ikuti siaran penuh konsert padat melodi indah ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

270 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *