Kenali Dunia ‘Bayi’ Haiwan Dalam Dokumentari Inggeris “Baby Animals Around The World” Di TV1

Dikemaskini pada

Melihat dunia daripada sudut pandang dan sisi anak haiwan yang baru mahu mengenal apakah realiti kehidupan sebenar dalam program dokumentari Inggeris terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk“Baby Animals Around The World”  mulai 21 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari di TV1.

Mensasarkan semua lapisan penonton terutama kepada pencinta haiwan, program 10 episod ini  menceritakan proses kelahiran anak pelbagai jenis haiwan, memerhatikan tingkah laku anak haiwan, cara kehidupan mereka, cara mereka menyesuaikan diri di tempat kediaman dan cara interaksi dengan alam sekitar di dalam dunia ini.

Dalam episod pengenalannya, tempat yang ditujui ialah Afrika. Terdapat seekor anak Gorilla belajar memanjat pokok dengan ibunya. Selain itu, seekor badak mengajar anaknya berenang di dalam sungai. Adegan sekumpulan anak cheetah kejar-mengejar dan bermain di kawasan padang turut dipaparkan.

Destinasi dalam episod dua adalah Amerika Utara. Terdapat seekor burung helang sedang mencari makanan untuk anak-anaknya. Ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Paparan yang menunjukkan kitaran hidup rama-rama dari telur sehingga rama-rama dewasa turut dihuraikan. Selain itu, anak-anak beruang juga dipaparkan di sini.

Dalam episod tiga pula, tempat pengembaraan telah ditujui ke Asia. Anak Dolphin belajar dengan ibunya tentang cara berenang dan melompat-lompat di dalam laut. Selain itu, cara kehidupan beruang panda dan beruang koala juga dipaparkan di sini.

Destinasi yang ditunjukkan dalam episod empat pula ialah United Kingdom. Paparan anak-anak kucing yang comel dan mereka sedang kejar-mengejar ditunjukkan di sini. Anak-anak musang belajar memburu dengan ibunya di dalam hutan. Akhirnya, sekumpulan keldai termasuk anak-anaknya yang berbulu cantik dipaparkan.

Dalam episod lima, tempat pengembaraan yang ditujui ialah Australia dan New Zealand. Anak beruang koala yang comel dibawa oleh ibunya untuk berjalan-jalan di dalam hutan. Selain itu, si ibu kangaroo membawa anaknya melompat-lompat di kawasan padang. Akhirnya, paparan anak-anak penguin yang belajar berjalan turut ditunjukkan di sini.

Destinasi yang ditunjukkan dalam episod enam ialah Polar Regions. Antara anak-anak haiwan yang dipaparkan dalam episod ini ialah anak beruang polar, anjing salji, ikan paus, penguin dan lainlain lagi.

Seterusnya dalam episod tujuh pula membawakan destinasi indah di Southeast Asia. Si ibu kura-kura membawa anak kura-kura balik ke laut dan mengajar mereka berenang serta mencari makanan di dalam laut. Selain itu, ada juga aktiviti anak kucing dan anak lembu sedang minum susu ibu dalam episod ini.

Dalam episod lapan, tempat pengembaraan yang ditunjukkan ialah Afrika. Anak kuda belang baru dilahirkan oleh ibunya dan ibunya sedang menjilat badan anak untuk membersihkannya. Sementara itu, anak badak sedang belajar berenang dan makan daun. Selain itu, anak-anak rusa, biawak, kerbau dan burung turut dihuraikan.

Episod sembilan membawakan destinasi menarik sekitar Eropah. Anak-anak burung belatuk sedang menunggu makanan yang dibawa oleh ibunya. Anak-anak beruang menangkap ikan di tepi laut dihuraikan. Selain itu, anak arnab, anak kucing dan anak anjing juga dipaparkan di sini.

Akhir sekali dalam episod yang terakhir ini, pemandangan dan anak-anak haiwan yang tinggal di Latin America turut dipaparkan. Antara anak-anak haiwan telah ditunjukkan di sini ialah anak serigala, anak musang, anak burung helang, anak penguin, anak itik, anak burung unta dan lain-lain lagi.

69 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *