Kembali Ke Sekolah Bersama RTM

Dikemaskini pada

Seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Malaysia pada 10 Jun lalu, pelajar kelas peperiksaan awam akan memulakan sesi persekolahan pada 24 Jun 2020 iaitu hari ini selepas tiga bulan sekolah ditutup ekoran penularan wabak Covid-19. Sebagai tanda sokongan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, para guru serta para pelajar, frontliners RTM hari ini memilih untuk memakai pakaian sekolah ketika bertugas.

Sudah pastinya geli hati melihat mereka berpakaian sekolah hari ini, tetapi usaha tersebut membuatkan setiap orang yang memakainya mengimbau kembali kenangan pahit manis ketika di bangku persekolahan dulu.

Sedikit kata-kata semangat kepada para pelajar daripada orang kuat berita RTM, Encik Saifuzzaman, “Sentiasalah menuntut ilmu setinggi langit”.

Rata-rata warganet memberi komen positif atas usaha RTM dalam memberi sokongan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam yang dijadualkan akan berlangsung pada awal tahun hadapan. Semoga terus maju jaya RTM!

 

 

 

 

 

720 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *