Izzue Islam Dedah Kejayaan Luar Biasa Remaja dalam “Wira Remaja” di TV1

Dikemaskini pada

Setiap remaja pasti akan berjaya dalam kehidupan jika mereka mempunyai sikap dan pemikiran yang positif dan wira itu bukanlah yang berada di luar sana, tetapi wira berada dalam diri anda sendiri. Ia diterjemahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program terbaharu bertajuk “Wira Remaja” mulai 7 Februari ini, setiap Khamis, pukul 11.05 pagi di TV1.

Keseluruhan 13 episod semuanya menggarap tentang hal-ehwal remaja Malaysia, dari segi jatidiri, sikap, semangat, aspirasi motivasi, dan kejayaan mereka dalam menjalani kehidupan. Menampilkan gandingan pengacara, Izzue Islam dan Amira Aman menemu bual ramai individu berjaya dalam lapangan bidang diceburi masing-masing yang mampu menjentik hati golongan remaja lain untuk turut sama mencabar diri sendiri mencapai kecemerlangan diri.

Ikuti perkongsian gadis OKU, Miza Marsya Roslan, pesakit Spinal Muscular Arthrophy yang menyertai NGO dan menjadi wakil media untuk menjelaskan penyakit ini kepada masyarakat. Selain itu, Amira Aman pula menemu bual Nadiah Wafa, seorang arkitek, yang kini merupakan atlet negara dalam sukan Para Gliding dan mewakili negara dalam Asean Game dan membuat pertunjukan Para Gliding peringkat antarabangsa. Turut ditemu bual Hafizuddin Musa yang menempa kejayaan dalam bidang fotografi. Pada akhir episod ini, mereka bertemu remaja yang mempunyai hobi membuat Origami iaitu Mikael.

Individu ditemui Elmy Eldhani, remaja yang bergiat dan berjaya dalam bidang teater, dan thirah Amira, seorang atlet muda BMX, bakal menyertai Kejohanan Sukan SUKMA pada tahun 2020. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam mengundang jurutera yang dikenali sebagai Abang Din. Abang Din telah bertukar kerjaya daripada seorang jurutera kepada ‘Mobile Photographer’. Beliau menyatakan bahawa bidang kerjaya ini adalah sangat sesuai dengan jiwanya. Pada akhir episod ini dipaparkan beberapa nasihat daripada tetamu undangan dan pengacara bahawa setiap remaja akan berjaya dalam kehidupan jika mereka mempunyai sikap dan pemikiran yang positif.

Izzue Islam menemui Aizat Nazmi, Sukarelawan Sahabat Faqeh yang memberi bimbingan tentang agama Islam dan membaca Al-quran kepada kanak-kanak OKU. Berkongsi cabaran dihadapi Aizat menangani sikap dan kelakuan kanak-kanak autism dalam belajar agama kerana golongan ini agak sukar diagak perubahan sikapnya. Amira Aman pula menemu bual Aizad Razali, jurulatih Kelab Memanah Akmal. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Asyraf Noh KL, remaja terkenal dalam bidang perekaan fesyen dan seorang lagi remaja yang bergiat dalam bidang pembuatan model-model figura permainan kanak-kanak seperti ‘spider man’, ‘batman’, dan sebagainya untuk dijual dan dijadikan pameran dalam negeri dan antarabangsa.

Temu bual bersama-sama Anastasia, remaja yang menjadi jurupandu arah gunung. Kerjaya sangat mencabar, terutamanya kepada seorang wanita. Amira Aman pula telah menemu bual Amer Harris, seorang remaja berusia 15 tahun yang baru sahaja menjadi juara dalam Pertandingan Gokart Asia. Dalam segmen ‘Kejayaan’, menemu bual Mohd Danial, berusia 24 tahun yang telah menjadi seorang usahawan logistik. Kerja beliau adalah memandu lori besar dan berat, untuk membawa kuda ke merata tempat pertandingan, sama ada di dalam atau di luar negara. Pada akhir episod menemu bual Pak Teh Naim, remaja yang mempunyai hobi yang unik dan kreatif, iaitu membuat ‘miniature’ rumah.

Tetamu Mior Adha Najmi, ahli persatuan, Pink Squad yang sering membantu ibunya dan kaum wanita dalam Pink Squad untuk membantu kanak-kanak sekolah daripada keluarga yang miskin. Amira Aman pula telah menemu bual Yuzlina Fariz, Pelumba Motor Wanita. Dalam segmen ‘Kejayaan’, Izzue Islam berpeluang menemu bual Kak Anis dan Rizal yang telah menjana pendapatan yang lumayan berasaskan ‘Hiasan Dalaman’. Pada akhir episod ini pengacara rancangan telah berkesempatan menemu bual dua orang remaja yang berminat menjadi pengumpul duit-duit lama, iaitu Erri dan Danish. Mereka memiliki wang syiling yang dihasilkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

1,948 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *