Dayang & Hael Buka Tirai KMI!

Dikemaskini pada

Kejayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha membawakan persembahan hiburan terbaik mengisi slot Konsert Minggu Ini (KMI) sememangnya membanggakan. Pentas Konsert Minggu Ini turut menjadi trending dalam kalangan penonton setiap kali bersiaran.

Usaha RTM dalam memberikan peluang kepada artis dengan genre berbeza setiap kali bersiaran, menonjolkan keunikan tersendiri bagi memenuhi selera peminat sama ada artis solo mahupun berkumpulan. Begitu juga gabungan kembali artis lama mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu mereka berada di puncak.

Membuka tirai KMI bagi tahun 2020, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini digandingkan bersama, bagi menghiburkan peminat industri muzik tanah air dengan seleksi lagu popular mereka.

 

Program terbitan Sarena Mohd Salleh yang disiarkan secara langsung di TV 2 ternyata berjaya memukau penonton dengan aksi nyanyian mereka. Dengan set-list pilihan Dayang dan Hael yang bertemakan “CINTA”, penonton yang hadir ke Auditorium Perdana dilihat turut menyanyi bersama-sama mereka sepanjang konsert tersebut berlangsung.

 

Membuka tirai konsert konsert dengan set-list lagu Mash Up Vroom Vroom dan Ingin Ku Dimiliki, ternyata berjaya menaikkan mood penonton samada di dalam Auditorium Perdana dan juga di rumah!

Antara lagu lain yang dibawakan oleh mereka berdua adalah:

  1. Mulanya Disini
  2. Sebentar
  3. Medley – Hakikat Cinta, Pintaku Terakhir, Seandainya Masih Ada
  4. Hati
  5. Jampi
  6. Hajat
  7. Lelaki Teragung
  8. Dipintu Syurga
  9. Dayang Sayang Kamu
  10. Hari Ini
  11. Haram

 

 

Khas buat KMI, Hael juga menyanyikan lagu baharu beliau yang baru saja dilancarkan bertajuk Terlanjur Cinta. Lagu duet bersama Cakra Khan itu baru saja dikeluarkan beberapa hari sebelum konsert KMI berlangsung.

 

 

Great opening for KMI 2020! Kudos buat Unit Huburan TV RTM! 

 

Kredit foto: Nur Helidahelli – Unit Foto RTM

565 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *