8 Tempat Makan Best di Melaka yang Sedap dan Menarik!!

Dikemaskini pada

Salam gais!

Pada posting lepas, kami dah kongsikan 6 tempat makan best di Melaka yang wajib korang singgah.

Terlepas posting tu? Klik sahaja kat sini !

Mana yang masih pening tu, datang Melaka tapi tak tahu nak makan mana. Ye la..datang jauh-jauh kekdah pergi makan kat fast food je kan?

Jom baca entri makanan best kat Melaka bahagian 2 ni.

Team program Layan Makan Jerr sendiri cuba makanan-makanan ni dan memang ngam sampai teringat-ingat lepas balik KL haa.. Alang-alang tu, jangan lupa saksikan episod-episod Layan Makan Jerrr kat Youtube RTM kat sini !

 

1. Roti Canai Kayu Arang, 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka

  • Antara tempat sarapan yang menjadi tumpuan di Melaka kerana keunikkan hidangan roti canai yang dimasak atas dapur kayu arang
  • Di samping roti canai, terdapat juga nasi lemak, lempeng, cucur dan satay.
  • Beroperasi pada dua waktu, pagi dan malam : 7 pagi – 12 tengah hari (setiap hari), 8 malam – 11.45 malam (kecuali Ahad)
Roti Canai Nachos menjadi menu tarikan di Roti Canai Kayu Arang

 

2. Warung Hajjah Robiah, 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan, 75250 Melaka.

  • Warung ni boleh dikatakan syurga makanan mini. Gituuuu..Sebabnya dah macam one stop centre, pelbagai jenis makanan sarapan pagi ada kat sini.
  • Roti canai, pulut, rendang, popia basah, kuih muih, laksa nyonya, nasi lemak, lontong, ketupat, nasi goreng, mi bandung, ehh..macam-macam lagi lah! Semua ada, semua sedap!
  • Waktu operasi : 7 pagi – 11 pagi . Isnin tutup.
Tempat duduk di Warung Hajjah Robiah juga banyak dan bersih.

 

3. Nasi Lemak (Tokong) Warisan Bachang, 409, Jalan Kenanga 3/21, Taman Kenanga Mewah, 75200 Melaka.

  • Walaupun nama sebenarnya Nasi Lemak Warisan, kedai makan ini mendapat nama glemer  Nasi Lemak Tokong kerana lokasi kedainya yang terletak di hadapan sebuah tokong.
  • Nasi lemak yang dijual sejak tahun 1982 ini kellihatan istimewa kerana nasinya berwarna hijau dengan hidangan pelbagai jenis lauk, antaranya ayam bakar, ayam goreng, sambal sotong dan sambal kerang. Secara peribadi, saya bagi markah 10/10 untuk nasi lemak yang saya makan hari tu.
  • Waktu operasi : 7 pagi – 6 petang. Sabtu tutup. Kalau nak makan nasi lemak, datang la pagi walaupun kedai tutup petang. Nanti nasi lemak habis, kempunan korang.
Nasi lemak dengan nasi hijau dan kangkung. Ayam goreng pula panas dan berjus. Fuh!!

 

4. Hotel Seri Malaysia Melaka,  Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka.

  • “Aik! Hotel pun masuk senarai ke? Makanan hotel kan mahal?” Aip! Nanti dulu bro sis sekalian. Sekarang Hotel Seri Malaysia tengah buat promosi, itu yang boleh dapat makanan dengan harga dan portion yang mampu milik! Hotel Seri Malaysia selalu buat promosi dan ketika entri ini ditaip, masi lagi ada promosi set kari kepala ikan, set asam pedas, set daging tetel dan promosi harga bilik! Klik sini untuk update Hotel Seri Malaysia Melaka
  • Asam pedas ikan jenahak dan asam pedas daging tetelnya (RM 13.50)  sangat kaw, pekat dengan isi yang banyak! Puas hati makan.. Kalau jenis makan sikit tu, boleh add on nasi, makan berdua.
  • Kalau datang satu keluarga, boleh order set kari kepala ikan (RM 65 x 4 pax) . Isi ikannya segar, rasa kuah kari pekat dengan sayur goreng, ayam goreng berempah, sambal belacan dan yang sewaktu dengannya la.. Konfem kenyang!

 

Asam Pedas Daging Tetel

 

Asam Pedas Ikan Jenahak

 

Kari Kepala Ikan. Tengok la warna kuah dia tu.

 

5. Makan Avenue, No 26, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka.

  • Tak tahu nak makan apa? Pergilah ke Makan Avenue di Jalan Kampung Hulu sebab macam-macam makanan ada dijual kat situ. Bila tengok makanan kat situ, mesti korang lagi tak tahu nak makan apa. Semua nak try! Ada menu biasa, ada juga menu yang unik contohnya asam pedas samyang ni!
  • Bayangkan rasa samyang yang pedas dengan asam pedas. Perfect! Antara asam pedas samyang yang femes kat sini ialah seafood dan daging tetel. Tak nak menu yang rare macam ni, menu-menu biasa pun ada kat Makan Avenue, memang tempat lepak situ. Lagi-lagi kalau malam, memang cantik!
  • Waktu operasi : 11 pagi – 11.30 malam (setiap hari)

 

Salah satu kiosk di Makan Avenue

 

Asam Pedas Samyang

6. Restoran Zaiton Asam Pedas, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka.

  • Teringin nak makan nasi campur dan asam pedas? Jom singgah ke sini sebab restoran ni menyajikan pelbagai jenis lauk bila masuk waktu tengah hari.
  • Antara yang ada kat sini mestilah asam pedas!Haaa.. Siput sedut masak lemak ada, paru goreng, ehh..macam-macam la.. Kena tengok sendiri la korang kat sana apa yang ada.
  • Waktu operasi : 8 pagi – 6 petang (setiap hari)
Asam Pedas Ikan Pari, Tenggiri dan Daging Tetel

 

Pelbagai jenis lauk campur

 

7. Perhentian Kuih Kampong, Lot 202, 75050 Ujong Pasir, Melaka.

  • Terdapat lebih 20 jenis kuih yang korang boleh dapat kat Perhentian Kuih Kampong ni. Bukan kuih biasa-biasa pun ada. Siapa yang tak kenal kuih tu, eloklah buat ice breaking kuih tradisional kat sini.
  • Tempat yang sangat sesuai untuk makanan ringan dan minum petang. Selain kuih dan juga goreng-goreng dengan nasi lemak dan mi goreng buungkus kat sini
  • Waktu operasi : 8.30 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
Kuih apa tu? Korang tau?

 

Kalau hantu popia, pegi mana-mana je nak makan popia

 

 

8. Avocado Melaka Famous No.1 Malaysia, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75200 Klebang, Melaka.

  • Pernah minum air avocado? Kalau tak pernah, inilah masanya!Jom ke Avocado Melaka Famous sebab kualiti minuman pun sesuai dengan nama dia. Air punya la sedap, pekat, likat. Patut la femes!
  • Nak yang paling kaw? Order yang paling mahal! hahaha.. Serius cakap, dah balik KL dekat sebulan ni pun rasa teringin lagi! Alang-alang tu, boleh singgah beli kuih keria kat sebelah dia. Sedap yang amat juga!
  • Waktu operasi : 10 pagi – 7 petang (Isnin tutup)
Pekat oiii avocado dia!
Nampak signboard ni, betul la tu..
Menu yang ada di sini

 

Tak puas kalau setakat baca je? Nak tengok video penuh dia tak?

Tengok la di sini :

 

 

8,995 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *