6 Tempat Makan Best di Melaka yang Wajib Anda Cuba!

Dikemaskini pada

 

Tak tahu nak makan apa masa kat Melaka?

Ya, kami tahu anda tak tahu, sebab tu korang klik link blog ni kan? 🙂

 

Kami nak kongsi antara tempat-tempat makan menarik, mantap, mantul di Melaka yang kami pergi dan cuba sendiri makanan di sana.

Yakin sedap di tekak kami, harapnya sedap juga kalau ikut deria rasa korang ye..

 

1. Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah), Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Klebang, Melaka.

  • Kuih keria kat sini memang menepati citarasa kami. Gemuk-gemuk, gebu gebas, tak terlalu manis, rangup di luar, lembut di dalam gituuu…
  • Kalau datang ke Melaka, rajinkanlah diri singgah awal sebab kalau petang orang beratur panjang abe kakok wehh.. Eh! Silap dialek. Cakap pasal Melaka kan?

 

Gigitan pertama sudah terasa wow!

 

2.  Klebang Original Coconut Shake, Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka

  • Cakap je coconut shake kalau kat Melaka, mesti teringat Klebang Original Coconut Shake ni. Terbayang dah pintu gerbang merah dia dengan pelanggan beratur panjang. Ah sudah! Bab beratur yang paling malas kan? Tak nak beratur panjang, datang je masa dia baru buka. Pukul 11 kena terpacak depan kedai dah!
  • Selain coconut shake, macam-macam makanan lagi ada. Nak makanan berat ada, makanan ringan ada, makanan kucing takde, salah kedai dik kalau cari di situ.
  • Dia ada dua kedai, yang bahagian luar tu kecil dan sesuai untuk mereka yang nak bungkus ataupun bahasa anak muda sekarang, tapau buat balik. Kalau nak minum, makan sekali, kena masuk yang kat dalam tu. Kawasan tempat letak kereta luas, tempat makan pun besar dan selesa. Boleh la selfie dengan cocnut shake sekali.

 

3. Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue, No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka.

  • Cendol kat sini memang A+ ! Tak payah buat semakan semula markah. Masuk mulut je terasa markah A dia tu sebab rasa ais kisar atau ice shave yang digunakan memang berbeza! Rasa santan yang penuh lemak berkrim sebab ice shave dia memang dibuat daripada santan yang dibekukan, bukan ais biasa. Pendek cerita, rasa dia memang berbeza!
  • Kalau dipanjangkan cerita pula, Cendol Kampung Hulu ini ada beberapa topping yang istimewa seperti buah naga, mangga, longan dan yang paling mantap ialah durian. Durian yang digunakan pula mestilah daripada jenis D24, IOI dan ke atas. Kalau nasib anda baik, boleh dapat musang king! Tapi mereka tak akan bagitahu itu musang king atau tak :p
  • Pencinta cendol, apa tunggu lagi?

 

Pencinta durian wajib cuba cendol durian kat sini!

 

4. Cendol Jam Besar (Clock Town) Bandar Hilir, 75200 Melaka.

  • Dahaga bila jalan-jalan sekitar Bandar Hilir? Singgah sebentar di kedai Cendol Jam Besar yang terletak betul-betul di hadapan Menara Jam Melaka yang berusia 134 tahun.
  • Cubalah rasa sendiri air tembikai yang dibuat 100% daripada isi tembikai yang dikisar dan kemudiannya diisikan ais. Sungguh menyegarkan! Isi tembikai tu pun boleh dimakan sekali.

5. Kejora Ayam Goreng Berempah, No.7 Medan Selera Tun Ali, Jalan Tun Ali, 75300, Melaka.

  • Asal Melaka je asam pedas, asal asam pedas je Melaka. Jom la cuba nasi kukus ayam goreng berempah pula di Kejora ni. Letaknya di Jalan Tun Ali je, tak perlu naik ke langit mencari kejora.
  • Selain nasi kukus ayam goreng berempah, nasi kukus ayam kunyit, nasi kukus daging gulai kawah pun ada. Kuah dengan sambal dia memang kena sebab kuah kari dia… fuhhh!! memang kaw! Pekat dan sangat terasa kari dia.
  • Ayam berempah digoreng panas-panas dengan aroma yang memikat. Nak cari nasi kukus? Datanglah ke Kejora!

 

6. Mango Float Royale Melaka, Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka.

  • Kalau bercakap tentang Mango Float di Melaka, pastinya kedai Mango Float Royale takkan asing dalam bayangan sebabnya mango float di sini memang dikenali dan menjadi tumpuan.
  • Warna orennya yang pekat dengan rasa mangga yang pekat dan likat memang menjadi kegemaran peminat mangga.
  • Selain mango float, pelbagai jenis makanan lagi ada dijual di sini.

 

BONUS!!

Kalau nak merasai pengalaman yang berbeza, makan malam di atas kapal sambil berlayar di Sungai Melaka dan diiringi persembahan muzik, sesuai untuk anda yang ingin lakukan kejutan atau sambutan hari istimewa sambil menikmati makan malam.

Makan Malam di atas Bot Mendam Berahi sambil menikmati keindahan Sungai Melaka.

  • Bila lagi nak merasai pengalaman makan malam di atas kapal sambil menyelusuri cahaya malam sepanjang Sungai Melaka? Inilah peluang yang ada! Makanan yang dihidangkan di atas kapal ini juga semuanya sedap-sedap.

 

Nak tahu lebih lanjut lagi? Jom tengok Layan Makan Jerrr di Melaka :

 

1,436 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *