5 Tempat Makan Menarik di Port Dickson Yang Korang Kena Cuba!

Dikemaskini pada

Salam gais!

 

Tengah pening cari tempat makan best kat Port Dickson? Meh sini kami bantu.

Team program Layan Makan Jerr dah cuba makanan-makanan kat sini dan memang sedap!

Alang-alang tu, jangan lupa saksikan episod-episod Layan Makan Jerrr kat Youtube RTM kat sini !

 

Jom!!

 

1. Kedai Makan Puan Halus, Port Dickson

  • Tenang anak-anak.. Walaupun nama dia Puan Halus, kedai ni takde kaitan dengan makhluk halus atau entiti paranormal okay! Hihi. Bukan ke nama dia catchy? Senang nak ingat kan?
  • Menu yang harus dicuba kat sini, mi kari! Wah..pagi-pagi dah sarapan dengan mi kari. Lagi yang best ialah lempeng dan roti canai dia. Eh..Tapi mi kari dia memang kaw rasa dia!
  • Roti canai kami tak sempat rasa sebab penebar roti canai balik kampung! Aiiii… Syok baca review cakap roti canai sini best, sekali tak ada pulak bila sampai kat sana. Sobs!
Lempeng dengan kuah kari. Mengubat hati tak dapat roti canai

 

Mi kari yang wajib cuba kat sini

 

2. Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Lepas sarapan, lapar lagi? Nak tunggu tengah hari macam lambat lagi eh? Kalau macam tu, jom la makan rojak kat Warung Pak Leh ni. Konfem puas hati!
  • Selain rojak mi dan rojak biasa, ada juga masakan panas di sebelah tengah hari serta makanan lain. Tapi, kalau datang sini, mesti cuba rojak tu la cerita dia!
  • Waktu operasi : 7.30 pagi – 5 petang (Ahad tutup)
Rojak mi. Bertimbun haaa mi dia bagi.

 

Rojak biasa. Kuah rojak dia sedap dan rasa lain daripada tempat lain ok!

 

3. Warung Mak Mah Nasi Ayam, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Selain nasi ayam, pelbagai jenis lauk campur untuk makan tengah hari boleh korang dapat kat sini. Kedai makan ni memang tempat penduduk sekitar untuk makan tengah hari.
  • Terdapat pelbagai pilihan yang banyak dengan lauk yang panas. Air balang percuma okay!
  • Waktu operasi : 7 pagi – 6 petang

 

Sotong bakar dia ada pulut kat dalam. Highly recommended!

 

Pelbagai lauk campur

 

Pelbagai jenis lauk masak lemak.

 

4. PD Famous Cendol, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Ibarat one stop centre, pelbagai makanan ada kat sini daripada makanan berat, sampailah kudap-kudapan.
  • Kawasan tempat letak kereta yang luas, jadi takde masalh parking kalau nak bawak satu rombongan cik kiah makan kat sini
  • Antara menu yang ada ialah kambing bakar, cendol, nasi ayam, ayam bakar, latok, air mangga, dan macam-macam lagi.
  • Waktu operasi : 11 pagi – 7 petang (Rabu tutup)
Kambing yang akan dibakar!

 

Ayam bakar

 

5.  MHR Burger’s , Jalan Remis 2, Tanjung Lembah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Nak makan burger yang tebal tahap tak muat mulut punya? Jom ke MHR Burger ni
  • Roti dia lembut, patty dia tebal dan homemade. Rasa dia umphhh dan berbeza sebab dia homemate..Gituuu
  • Waktu operasi : 3 petang – 1 pagi (setiap hari)
Smokey Beef Burger

 

Crispy Cheese Burger yang Chicken Chop

 

Menu yang ada kat MHR Burgers

 

Nak lebih banyak tempat makan menarik? Saksikan Layan Makan Jerrr setiap Sabtu, 4 petang di Facebook RTM – Radio Televisyen Malaysia

122 Views
Jom kongsikan artikel ini!
error0
Tweet 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *